Kenapa Saya Nak Jadi AGENT INSURANS ? – Masa

Bercakap soal masa, AGENT Takaful memang ada banyak masa 🙂 . Gurau hehehe
Setiap orang dikurniakan jumlah masa yang sama setiap hari. Tiada lebih mahupun kurang. Kebijaksanaan kita mengunakan masa menentukan sejauhmana kejayaan hidup kita. Orang yang gagal menggunakan masa dengan sebaiknya selalu membuang masa.
20130423-115852.jpg
Kebanyakan orang sekarang mengalami masalah dengan masa. Masa bersama keluarga, masa bergembira, masa berkerja, masa beristirehat, masa beribadah, masa bermain dan banyak lagi masa. Perghhhhh…berapa banyak kali saya sebut masa daaaaa…
Hakikatnya , 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan, dan 365 hari setahun dikurniakan kepada kita untuk dimanfaatkan sebaik-baiknya.
Sebelum saya menceburi bidang perniagaan & takaful ini sepenuh masa, masa saya memang suntuk. Bermula pada waktu pagi, saya akan masuk kerja dari jam 8.45 sehingga jam 1 petang. Kemudian rehat untuk makan dan solat. Kerja diteruskan sehinggalah jam 5.45 petang. Umumnya tentu faham dengan situasi kerja pejabat dalam sektor swasta. Tidak ada dalam kamus untuk balik tepat masa. Selalunya masa-masa tambahan akan digunakan..hehehe.. Ingat bola je ke ada masa tambahan. Situasi kerja sebegini boleh la saya ibaratkan pergi gelap balik kerja pun gelap.
Dalam keadaan tersebut, masa yang tinggal untuk saya ialah waktu disebelah malam sahaja. Itupun terhad dari jam 8 malam sehingga jam 12malam. Waktu selepasnya adalah untuk masa merehatkan badan.
Saya yakin ramai diluar sana mengalami situasi yang sama dengan saya. Mungkin ada yang tak kisah. Tapi bagi mereka-mereka yang kisah, sesuatu harus dilakukan. Kalau tak , anda pasti akan menyedari hampir begitu banyak masa dikorbankan untuk menjadi hamba kerja. Memang benar kita berkerja untuk meneruskan kehidupan. Namun plan perancangan yang lebih besar dan mantap diperlukan. Perlukah kita habiskan masa sehingga 30 tahun lamanya untuk mencari rezeki dengan menjadi kuli..ooopsss… Maafkan saya jika ini memedihkan. Khas untuk mereka yang masih muda, fikirlah jauh kehadapan. Orang-orang terdahulu mungkin sudah sukar untuk berpatah balik. Namun bagi mereka yang muda, Kita mesti mencari jalan agar masa yang ada tidak diperuntukkan khusus untuk kerja sahaja.
Kita masih ada banyak keperluan yang memerlukan masa untuknya. Masa berkeluarga contohnya. Masa beribadah. Masa belajar.
Binalah plan masa anda sendiri. Tak semestinya anda terjun ke dalam bidang perniagaan ataupun bidang yang sama dengan saya. Cuma saya pasti , masa yang ditawarkan dalam bidang yang saya ceburi sekarang ,memberikan ‘kelonggaran masa’ yang cukup untuk saya peruntukkan kepada lain-lain keperluan masa tanpa perlu saya mengabaikan pencarian rezeki hidup ini.
Ps : ofis saya di mana-mana, masa kerja saya juga pada bila-bila. Saya senantiasa dalam masa bercuti, masa berkeluarga, masa berkerja , masa menimba ilmu, masa bersosial dan masa menulis blog…hehehe

Kerjaya Sebagai AGENT TAKAFUL – Pembangunan Kerjaya

Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi faedah keempat yang bakal dinikmati oleh mana-mana agent insurans. Faedahnya ialah pembangunan kerjaya.

Pembangunan kerjaya dalam industri insurans adalah yang paling besar dan utama manfaatnya berbanding faedah pertama, kedua dan ketiga. Bahkan ramai agent-agent yang berjaya akan melalui fasa keempat ini dan perniagaannya mula bergerak secara autopilot. Lagaknya seperti seorang CEO disesebuah syarikat yang besar.

Jika pendapatan seorang agent diibaratkan seperti tangga peningkatannya, pendapatan bagi mereka yang melalui proses pembangunan kerjaya ( maksud saya menjadi manager & seterusnya ), pendapatan mereka ini meningkat seperti lif kotak. Peningkatan mendadak.

Rujuk gambarajah di bawah untuk bantuan.

pembangunan kerjaya

Jika anda inginkan lebih maklumat bagaimana faedah keempat ini penting, aturkan pertemuan dengan saya. InsyaAllah saya akan menghuraikannya secara lebih terperinci dan jangan marah saya kalau ia akan membuatkan mulut anda terlopong.

Ps : saya masih seorang agent biasa. Namun saya akan melalui juga proses di atas. Semua orang boleh asalkan tahu caranya dan mula bertindak

4 Potensi Besar Bersama PERUNDING KEWANGAN TAKAFUL

Amaran ! Tulisan saya di bawah pernah disampaikan dalam bentuk perbualan bersama seorang yang tak dikenali. Beliau mengaku tidak dapat tidur lena semalaman kerana begitu teruja dengan 4 potensi tersebut. Impian hidupnya yang dulu cuma sekadar angan-angan kini kembali membara. Saya pun pernah, dia pun pernah, anda? Luangkan 2 minit masa anda dan baca tulisan saya di bawah.

5 potensi besar ini tidak pernah ditawarkan semasa saya berkerja di bank dahulu. Dan saya yakin ia juga tidak ditawarkan oleh mana-mana syarikat lain melainkan…..melainkan anda menjadi bos kepada syarikat tersebut. Tapi sebelum saya menerangkan 4 potensi tersebut, periksa kondisi di bawah dan lihat kesesuaian dengan kondisi anda.

Pernah tak sebelum ini anda mengalami simptom- simptom seperti di bawah :

  • Anda merasa TERBEBAN akibat kerja-kerja yang bertimbun di pejabat. Sudahlah kerja sendiri banyak, terpaksa pula buat kerja orang lain. “Multitasking” katanya. Gaji tak multitasking. Efisien kata kuncinya.
  • Anda merasa SAKIT HATI apabila rakan sekerja boleh bergelak ketawa & pulang awal sedangkan anda masih termangu-mangu menyiapkan kerja di meja. “teamworking” ke mana? Mungkin betul kata pepatah, buat baik berpada -pada. Terlalu asyik menganggu kepala, ramai orang suka tapi kerja dah nak naik gila
  • Anda merasa JEMU apabila hujung tahun tiba, “KPI” anda terpaksa diselaraskan bersama. Kononnya ini KPI bersama dan bukan KPI individu. Natijahnya memberi kesan kepada bonus tahunan impian anda
  • Anda merasa SERBA SALAH apabila kerja yang anda lakukan terpaksa dibawa balik ke rumah. Balik lewat satu hal, masa bersama keluarga terpaksa dikorbankan dengan kertas “paper work” yang nak disiapkan segera pula
  • Anda merasa KECIL HATI apabila terpaksa berebut-rebut memohon cuti raya. Tahun lepas terpaksa balik kampung pada malam terakhir puasa, takkan tahun ni pun sama juga? Jammed jalan raya…aduuuh terpaksa.
  • Anda merasa TIDAK CUKUP dengan gaji sedia. Nak bayar ansuran kereta, rumah sewa, makan minum anak-anak, bila api & air. Tak cukup nak menabung rasanya. Bila masa nak tambah ahli keluarga?

Pernah anda alami salah satu simptom di atas? Jika anda pernah, anda sesuai untuk menggapai 4 potensi tersebut.

4 potensi besar tersebut ialah :

  1. potensi pendapatan – singkap kembali gaji 5 tahun lepas. Dengan gaya kerja yang sama, anda boleh menggapai kenaikan gaji 200% dari kerja semasa
  2. potensi bonus – bonus 3 bulan gaji? Kenapa tak 3 tahun gaji?
  3. potensi perlancongan luar negara – perlancongan vip dengan percuma. Boleh simpan duituntuk shopping je
  4. potensi pembangunan kerjaya – takkan nak kerja sampai bersara?

Saya akan kupaskan setiap 1 potensi besar di atas pada masa akan datang. Terus kekal bersama. InsyaAllah perkongsian terbaik untuk kebaikan bersama.

Ps: jika anda ingin mendapakan terus khidmat nasihat percuma berkenaan potensi tersebut, sila hubungi saya untuk mengaturkan 1 sesi appoinment.