Cara Bina Tabungan Haji Pakej Swasta

Impian setiap muslim adalah menunaikan rukun Islam yang kelima. Bertuahnya rakyat muslim di Malaysia adalah dengan wujudnya Tabung Haji yang menguruskan segala urusan haji. Bukan sahaja menguruskan, bahkan memberi subsidi lebih dari separuh kos untuk menunaikan haji.

Namun, oleh kerana ramai yang masih lagi menunggu giliran dipanggil untuk menunaikan haji. Peluang untuk dipanggil awal adalah tipis. Disebabkan itu, ada yang memilih pakej swasta untuk lebih cepat gilirannya. Dengan kuota yang diperuntukkan terhad, kos menunaikan haji menggunakan pakej swasta lebih mahal berkali ganda.

Jadi anda sudah maklum. Pertama, cara paling pantas utk menunaikan haji ialah dengan membayar pakej swasta sendiri. Kedua, kosnya tentu jauh lebih mahal dari pakej subsidi TH @ RM9980.
.
Pakej menunaikan haji swasta sekarang dalam lingkungan RM50k seorang.
.
Agak2nya berapa perlu disimpan sebulan jika berhajat nak menunaikannya 10 tahun lagi?

Dengan andaian : –
✅ Kos inflasi : 4% p.a
✅ Dividen simpanan 7% ( ASB ) p.a
✅ tempoh simpan 10 tahun
✅ kos sekarang RM50k

Ini perkiraannya.

✅ Anggaran Kos RM50k masa depan ialah RM74,012
✅ Anggaran simpanan tahunan ialah RM5006 setahun


Cuma…syaratnya RM5006 tu mestilah dah ada dalam akaun ASB pada january awal tahun. Jika baru nak mula simpan, kenalah simpan lebih sikit iaitu RM5357.



Itu jika ASB dgn andaian dividen 7%. Jika tabung haji masih mampu mengekalkan dividen 5%, simpanan tahunan yang diperlukan ialah RM5604.

Oh ya !…
RM5006 ni bersamaan RM417.17 sebulan.
RM5357 pula bersamaan RM446.42 sebulan.



Nak buat perbandingan tak dengan ASB financing? Sila cek dalam gambar2 yang disertakan..



Ps : kalau rasa bermanfaat, silakan share. Nanti saya buatkan untuk tempoh 15 tahun pula. Tentu lagi rendah.

Dapat Dividen RM14,600 Setahun Dengan ASB

Setahun dapat RM14,600 dari ASB. Banyak kan? Caranya ?

Asalkan menyimpan RM200k selama 12 bulan dalam ASB ni je

Cuma, mana nak dapat RM200k simpanan?

OPM..others people money.

Dalam pelaburan ASB ni, kita boleh gunakan pinjaman dari Bank melalui ASBfinancing.

Kalau pinjam 200k , bulanan ~ RM1090
kalau pinjam 100k , bulanan ~ RM550
kalau pinjam 50k, bulanan ~ RM225

Dividen yang berpotensi diperolehi :

pelaburan 200k – dividen ~ RM14600
pelaburan 100k – dividen ~ RM7350
pelaburan 50k – dividen ~ RM3725

Boleh guna teknik rolling. Iaitu modal utk tahun pertama sahaja. Dapat dividen, bayar instalment utk tahun seterusnya ( lebihan boleh le buat duit belanja keluarga ). Cukup 30 tahun, dah ada dana persaraan tambahan RM200k.

Kalau guna teknik compounding, lagi banyak pulangannya.

Anda lebih selesa teknik yang mana 1?

Ps : kalau belum ada akaun ASB atau belum memaksimakan sampai 200k, inilah masanya. Pm saya untuk penerangan + strategi kewangan yg bersesuaian dgn personaliti anda.

 

ASB : Simpanan Biasa vs Simpanan Sijil

Mana Lebih Untung ? Simpanan Biasa vs Simpanan Sijil ?

Mungkin anda pernah dengar kata orang membuat pinjaman untuk melabur dalam ASB merugikan.

Kali ini, saya tunjukkan perbandingan simpanan biasa & simpanan sijil yang menggunakan pinjaman dari bank.

Rujuk gambar.

ASB1

ASB2

Modal : RM3,240
Tempoh: 5 tahun
Dividen ASB : 7% p.a

Jika anda melabur RM3,240 tunai hari ini di ASB, wang tersebut akan menjadi RM4,544,27 pada tahun ke 5 nanti.

Keuntungan bersih :
Jumlah Pulangan : RM4,544.27
tolak Modal : RM3,240
Untung Bersih : RM1,304.27

 

ASB3

 

Modal : RM3,240
Tempoh: 5 tahun
Dividen ASB : 7% p.a
**************************

Hanya dengan mengubah cara, membuat pinjaman dari bank untuk pelaburan bermodalkan RM3,240, anda layak untuk mendapat sijil ASB RM50,000.

Cukup tempoh setahun, sijil ASB RM50,000 melayakkan anda menerima RM3,500 ( anggaran kadar dividen 7% p.a).

Wang dividen tadi dikeluarkan dan digunakan untuk bayaran pada tahun ke2. Lebihan dividen yang tinggal ialah RM260

Pada tahun kedua, dengan andaian yang sama. Anda bakal menerima dividen RM3,500. Dan lebihan dividen RM260.

Perkara yang sama diulang untuk tahun ketiga dan keempat.

Pada tahun kelima, dividen terakhir anda ialah RM3,500.

Berapa keuntungan yang anda dapat ?

Lebihan dividen : RM260 x4 : RM 1040
Dividen Terakhir : RM3,500
Nilai baki hutang : ? sila rujuk slide seterusnya

 

ASB4

sambungan slide simpanan sijil

Nilai baki hutang ( hutang semasa ) : RM45,914.39

Jumlah yang bakal diterima hasil dari pembatalan pinjaman ialah RM4,085.61 ( Jumlah nilai sijil – nilai semasa hutang )

Berapa jumlah terkumpul yang anda bakal dapat ?

Untung 1 ( baki pembatalan pinjaman ) + Lebihan dividen + Dividen terakhir : RM8,625.61

Untung Bersih ?
Jumlah terkumpul – modal asal : RM8,625.61 – RM3,240 = RM5,385.61

Jika anda bandingkan antara simpanan biasa dan simpanan sijil, mana satu yang memberikan lebih pulangan ?

Ada tak RM3,240 sekarang?

Jika tidak, mampukah anda memperuntukkan RM268 setiap bulan untuk tempoh 12 bulan sahaja?

Jika ya, anda layak untuk memaksimakan keuntungan melalui simpanan sijil.

 

 

Penafian :
* anggaran dividen 7% p.a berdasarkan prestasi tahun 2017
* RM3,240 ialah hasil darab RM270 dengan 12 bulan.
* Caruman bulanan sebenar ialah RM268.41. Dibundarkan kepada RM270 bagi memudahkan pengiraan.

Rule 72 : Berapa Lama Duit Saya Akan Berganda ?

Pernah dengar “Compounding Interest” ?. Haaa…Sebelum tu, interest di sini bukan maknanya RIBA. Satgi pakat-pakat keliru habis.

Compounding Interest ni merujuk kepada Dividen ( Pulangan Keuntungan ). Compounding ni pula ialah dividen yang bakal dapat, dicampur dengan jumlah pelaburan asal, dan dibawa untuk tempoh masa ( tahun @ bulan @ hari ) seterusnya.

Rule 72 ini adalah kira-kira mudah bagaimana untuk mengetahui tempoh masa diambil bagi wang pelaburan tadi berganda 2 kali ganda.

Formula : 72 / dividen = jumlah tahun

Contoh jika saya melabur RM10,000 hari ini dalam akaun pelaburan ASB dengan kadar dividen 7% setahun. Wang saya akan berganda menjadi RM20,000 dalam tempoh 10 tahun.

RULE 72

Ia akan berganda menjadi RM40,000 dalam tempoh 20 tahun. Dan berganda menjadi RM80,000 dalam tempoh 30 tahun.

Jadi..Jika anda ingin memulakan pelaburan, ini adalah kira-kira mudah untuk menganggar pulangan yang bakal diterima. Sesuai untuk perancangan pelaburan jangka masa panjang seperti tabungan untuk pendidikan anak & simpanan persaraan.

Dengan sedikit ‘twist’, anda juga boleh mengira jumlah % dividen yang diperlukan untuk menggandakan wang pelaburan dalam tempoh masa yang anda kehendaki.

Contohnya jika anda memiliki modal pelaburan RM10,000 hari ini dan mahu ia berganda kepada RM20,000 dalam tempoh 7 tahun. Berapa kadar dividen yang diperlukan?

Formula asal : 72 / ? Dividen = 7 tahun.

72/ 7 tahun = 10% Dividen

Ya. Anda perlukan pelaburan yang boleh beri 10% dividen setahun untuk menggandakan wang RM10,000 tadi.

Apakah portfolio pelaburan yang boleh berikan dividen sekitar 10% setahun? …

Selamat mencari harta karun !

ps : jangan simpan ilmu sorang-sorang. LIKE dan SHARE yea..Mana tau kalau jiran sebelah baca dan apply, fuuuhhh…tempias sikit dapat le merasa KFC…

Pelan Simpanan Yang Mana Satu Menguntungkan ?

Selalunya ramai yang menangguhkan keputusan untuk mula menyimpan wang dalam apa saja pelan simpanan yang ditawarkan kerana TAKUT RUGI ataupun risau UNTUNG SEDIKIT. Akhirnya mereka memilih untuk biarkan saja wang tersebut disimpan dalam akaun bank. Katanya lebih selamat.

Bijak ke tindakan mereka ini?

Saya tak pasti. Tapi kalau diperhatikan dengan lebih mendalam, sebenarnya ini semua bergantung kepada sejauhmana kita berani menghadapi risiko. Semua orang perlu mengambilkira risiko dalam kehidupan. Namun bagaimana caranya menghadapi risiko adalah berbeza mengikut kelebihan masing-masing.

Seperti mereka yang memilih untuk biarkan wang didalam akaun simpanan bank saja. Mereka ini juga memilih risiko. Cuma setakat mana mereka mengimbangi risiko tersebut dengan pulangan yang bakal diterima. Aik? Simpan dibank pun berisiko? Ya!… Tahukah anda, simpanan di dalam akaun simpanan biasa bank hanya menawarkan kadar pulangan/interest serendah 0.1% hingga 3% p.a sahaja. Anda faham tak maksud yang nak disampaikan?

Jika anda biarkan simpanan RM10,000 di dalam akaun bank, dalam masa setahun duit anda tersebut akan berganda menjadi RM10,100. Ya. Tambahan sebanyak RM100. Banyak tak? Hehehe. Sebelum tu, pernahkah anda tahu tentang nilai wang sentiasa menyusut setiap tahun disebabkan inflasi. kadar inflasi malaysia

Apa itu inflasi? Haaaa…Inflasi ni bahasa mudahnya ialah pengukur kenaikan kos barangan. Kalau dulu harga kopi o RM1.00 secawan, harga bagi tahun 2013 telah berubah. Naik kepada RM1.02 . Tapi itu anggaran kasar saja. Kebiasaannya kenaikan ini akan berangkai. Betul tak? harga gula, tarif air, tarif elektrik, kos pengangkutan, dan pelbagai lagi.

Jadi jika dividen simpanan yang anda terima cuma 3% p.a ( kebiasaannya simpanan tetap saja yang tawarkan kadar ini ) dan kadar inflasi 2.1% pada tahun 2013, anda sebenarnya hanya untung 0.9% sahaja dari jumlah wang simpanan anda.

Banyak ke???? hehehe.

Jadi apa yang patut dilakukan?

Dimana patut saya simpan wang saya?

Selamat ke kalau simpan dan laburkan dalam unit trust ?

Atau bagus ke kalau saya beli emas dan simpan?

Bagaimana dengan simpanan ASB ?

Semua soalan ini berbeza jawapannya mengikut ilmu & pemahaman masing-masing. Saya ?

Jika saya, pelan simpanan yang saya pilih ialah pelan yang mampu membantu saya mencapai matlamat simpanan. Simpan-simpan juga, tapi jangan simpan tanpa tahu apa matlamat simpanan tu. Ada orang menyimpan untuk hari tua. Ada juga yang menyimpan untuk deposit rumah. Ada sebahagian lagi menyimpan untuk deposit kereta. Lain orang , lain matlamat simpanannya. Apa yang penting, menyimpan dengan matlamat akan memudahkan anda mencari pelan simpanan yang bersesuaian dan menguntungkan.

Tak percaya ?

Simpanan untuk keluarga – Contohnya jika saya ingin menyimpan untuk harta peninggalan kepada anak-anak & keluarga, saya akan pilih takaful. Sebabnya simpanan saya lebih rendah dan amaun pampasan yang akan ditinggalkan cukup banyak. Dengan caruman sekitar RM150-200/bulan, cukup untuk pampasan sekitar RM250K-500K.

Simpanan untuk persaraan – Katakan jika saya ingin menyimpan untuk persaraan, saya akan pilih teknik ASB financing. RM200K ASB financing dengan dividen 8% ( RM16000/setahun ) boleh menampung perbelanjaan bulanan RM1500. Amaunnya mungkin kecil nak dibandingkan inflasi. Tapi ia lebih mudah sebab bayaran pembiayaan boleh dibayar dengan dividen sehinggalah akhir tempoh pembiayaan. Modal hanya RM14000 pada tahun pertama, saya boleh dapatkan simpanan bernilai RM300K ( pada akhir tempoh pembiayaan ) dengan dividen sekitar RM16K setahun. Tak cukup? Buatlah untuk pasangan sekali.

Simpanan untuk pendidikan – Ini bergantung kepada berapa jumlahnya. Jika sekadar RM20-30k, simpanan melalui ASB financing boleh membantu dalam tempoh yang singkat. Jika menyimpan melalui Takaful, tempohnya lebih lama dan kurang sesuai. Ada banyak lagi pelaburan luar seperti saham, hartanah ,emas, unit amanah dan lain-lain. Sebaiknya sesuaikanlah dengan kemampuan anda.

Simpanan untuk deposit rumah – Ooohh..saya bermula lambat. Tapi ini lah matlamat saya seterusnya. Tahniah buat anda yang telah membeli rumah untuk pelaburan. Saya baru nak bermula. Baru nak cari ilmu hartanah ni.

Simpanan untuk kereta idaman – Yang ini lain orang lain caranya. Terpulang. Kalau kerjaya sebagai salesman, simpanan untuk kereta idaman lebih mudah sebab hanya perlu kerja lebih keras. Imbuhannya pasti lumayan dan cepat. Di bidang takaful, kerjaya saya menjanjikan bonus berganda 3 tahun sekitar RM30-50K ( agent biasa sederhana ). Bayangkan mereka agent yang kerja kuat-kuat. Sebab itu simpanan untuk kereta idaman ini saya tak pandai nak ulas.

Simpanan untuk bercuti/ Haji– Ini pun kenalah plan betul-betul. Kalau tak plan, mana la nak boleh bercuti. Cuti dalam negara lebih murah. Cuti luar negara, ehem…ehem…ehem. Mujurlah saya di AIA Takaful, kami ditawarkan pakej percutian luar negara setiap tahun percuma. Kalau saya nak simpan pun, sikit je la khas untuk bawa pasangan.

Lain-lain simpanan ?

Ps : menyimpan la…Tapi biarlah menyimpan dengan bermatlamat & bijak.