Download Kalkulator ASB Financing Di Sini

Di sini saya telah buatkan 1 template excel untuk mengira untung rugi dalam pelaburan ASB menggunakan ASB Financing. Kalau anda perasan, banyak status-status di Facebook yang menerangkan tentang kelebihan ASB Financing dan menyesuaikannya dengan strategi kewangan masing-masing. Contohnya strategi untuk beli rumah. Strategi beli kereta.

Cuma, pengiraannya pasti buatkan anda pening kepala sekejap. Adapun mungkin ( hehe..macam ayat kitab lama ), ramai yang terus lompat ke bahagian penghujung disebabkan pengiraanya yang memeningkan kepala.

Justeru, saya kongsikan di sini template kalkulator ASB financing untuk kegunaan anda. Anda boleh sesuaikan dengan strategi kewangan sendiri dengan lebih mudah.

Panduan Menggunakan Kalklulator ASB Financing

Kalkulator ini menggabungkan 3 teknik utama secara berasingan iaitu :

  1. Teknik Rolling ( Dapat Dividen, Bayar Instalment Tahun Berikutnya )

  2. Teknik Compounding ( Tidak Usik Dividen & Terus Bayar )

  3. Simpanan Sendiri ( Simpan Sendiri Tanpa Berhutang Untuk Pelaburan )

Asasnya, kalkulator ini hanya mengandaikan kadar pulangan pelaburan ASB adalah sama setiap tahun dan kadar keuntungan bank ( profit rate/ interest rate ) juga sama. Sedangkan situasinya boleh berubah.

Tab-Tab Utama ( Navigasi di Bahagian Bawah )

Saya reka kalkulator ini untuk mempunyai 4 tab sahaja iaitu :

  • UTAMA : hanya gunakan bahagian ini untuk memasukkan data anda

  • JADUAL PEMBIAYAAN ASB : tab ini memaparkan jadual pembayaran ASB anda dengan pihak bank dan baki akhirnya pada setiap tahun

  • JADUAL AMORTISATION LOAN : tab ini adalah kalkulator perincian bagi tab Jadual Pembiayaan ASB

  • JADUAL SIMPANAN SENDIRI : tab ini bertujuan memaparkan dividen yang diterima melalui simpanan bulanan

JOM Mulakan Pengiraan

Untuk menggunakan kalkulator ini, anda hanya perlu memilih :

  • Jumlah Pembiayaan ASB yang dikehendaki
  • Jumlah Kadar Dividen ASB
  • Jumlah Tempoh Pinjaman
  • Jumlah Kadar Keuntungan Bank/ Kadar Faedah

Sebagai contoh :.

Ahmad ingin membuat pelaburan ASB dengan meminjam dari bank ABCD sebanyak RM50,000. Pinjaman ini kadar keuntungan Bank ( Bank Profit Rate/ Interest Rate ) ialah 5%. Dengan kadar dividen 7% setahun, Ahmad ingin tahu berapa keuntungan yang bakal beliau dapat jika membatalkan pinjaman ini pada tahun ke 8.

( Rujuk Gambar )

asb guide 1

Setelah anda masukkan butiran yang dikehendaki, kalkulator ASB financing ini akan kirakan keuntungan bersih yang bakal anda terima dari ketiga-tiga teknik secara perbandingan ( caj-caj lain pihak bank tidak dimasukkan disebabkan berbeza caj i.e : caj dokumen/caj stamp duty ) .

(Rujuk Gambar Teknik Rolling )

teknik rolling

(Rujuk Gambar Teknik Compounding )

Teknik compounding

(Rujuk Gambar Teknik Simpan Sendiri )

Simpanan Sendiri

* Saya tidak bercadang untuk menghuraik satu persatu item perincian didalam setiap teknik bertujuan untuk mengelakkan artikel ini terlalu panjang. Tetapi jika ada permintaan yang banyak, insyaAllah saya akan perincikan dikemudian hari.

Dari setiap teknik, anda boleh mengenalpasti mana satu teknik yang sesuai dengan game plan ( strategi kewangan ) anda. Tidak ada teknik yang terbaik. Yang ada cuma yang mana satu paling sesuai dengan anda.

Contohnya seperti gambarajah di atas, jika Ahmad ingin memaksimakan % untung, tentulah teknik Rolling akan dipilih. Tetapi jika pilihan Ahmad untuk mendapat lebih banyak jumlah pelaburan, Teknik Compounding lebih sesuai kerana Teknik Rolling tidak boleh leverage ( 1 orang hanya 1 akaun ASB ) kepada pelbagai akaun.

Teknik Simpanan Sendiri? Mungkin sesuai untuk Ahmad jika dia tidak mahu untuk berhutang.

Ok. Membantu tak? Selamat menggunakannya

KEMASKINI : 

Kalkulator ASB Financing ini PERCUMA. Tak perlu beli pun. Dapatkannya di sini

AKSES PERCUMA KALKULATOR ASB FINANCING DI SINI

 

Mengenali Hutang Baik & Hutang Jahat

Apabila disebut berhutang, ramai yang cuba lari dari belenggu hutang. Namun, dalam dunia yang penuh dengan kemudahan memberi hutang ( kemudahan kredit ) hari ini, orang yang berhutang sendiri pun tak sedar yang dirinya sedang berhutang. Walaupun bijak dibangku sekolah, belum tentu kita mampu terlepas dari jerat hutang hari ini. Dari hutang/pinjaman pelajaran sehinggalah hutang negara. Semua orang tak terlepas dari hutang. Bahkan lebih dahsyat untuk orang-orang Islam, hutang zaman kini tak dapat lari dari terma riba. Itulah yang paling menjengkelkan. Nak tinggalkan hutang ber’riba’, terperangkap pula dengan produk kewangan islamik yang jauh tinggi harganya. Bak kata pepatah, ditelan mati emak, diluah mati bapak. Terlepas dari bahaman buaya, terjerat dalam mulut singa.Credit to TheDebtHawk

Oleh kerana begitu sukar untuk hidup di dalam dunia yang penuh dengan hutang hari ini, lebih baik kita selidiki semula dan mengenalpasti apakah perbezaan yang wujud dalam hutang yang boleh memberikan faedah kepada diri untuk jangka masa yang panjang.

Hutang boleh dibahagikan kepada 2 bahagian. Hutang yang boleh menyebabkan kita menjadi hamba selama-lamanya adalah hutang yang jahat. Sebaliknya hutang yang menjadikan kita tuan, itulah hutang yang baik. Kebanyakan hutang jahat berpaksikan kepada keinginan dan kehendak nafsu.Sebagai contoh berhutang untuk membeli kereta mewah yang jauh dari kemampuan sebenar diri. Hutang jahat [Read more…]