AIA Vitality : 20% Bonus Tahunan Untuk Kekal Sihat

Nak turunkan berat badan dari 65kg ke 60kg?

Caranya :
1) amalkan gaya pemakanan yang sihat
2) rajin bersenam

Umumnya seorang berumur 30an dengan berat 65kg mengambil sekitar 2500 kalori sehari. Dengan gaya hidup biasa dia akan menggunakan sekitar 1600 kalori sahaja. Maknanya lebihan 900 kalori sehari bakal menambahkan lebih 1kg berat badan dalam masa 9 hari. 😲

Nak tak nak, kena jaga pemakanan dan rajin bersenam lah kan.

Tapi…

Nak konsisten tu yang susah kan?

Dengan AIA Vitality, semangat lain macam sikit. Sebabnya ada motivasi tambahan. Sebagai contoh, purata orang kebiasaan berjalan sehari ialah 3000 langkah. Lebih kurang 100-300 kalori dibakar.

Jika berjalan sebanyak 7500 langkah sehari, hampir 400 kalori boleh dibakar. 7500 langkah melayakkan kita mendapat 50 point vitality. Jika konsisten setiap minggu 250 point, selama 2 minggu berturut-turut, Vitality menawarkan anda :

1) tiket percuma TGV atau
2) RM10 less Starbuck
3) RM10 voucher utk minuman Juice Boost.

Nampak?

Semakin rajin bersenam, semakin banyak point dapat, semakin sihat badan.

Tu belum manfaat tambahan lain dalam Takaful. Boleh dapat 20% yearly cash bonus dari jumlah caruman takaful.

Kos AIA vitality cuma membership RM10 sahaja.
Caruman takaful pula khusus untuk income protection , dari RM50 sebulan.

Nak tahu lebih lanjut, jom kita sembang. Whatsapp pun boleh

www.wasap.my/60173293028/vitality

Antara 30 Gelas Teh Ais & Pampasan Mati RM150,000

Teh ais ni dah jadi minuman rutin hampir sebahagian rakyat malaysia. Tak minum waktu sarapan pagi, mungkin waktu makan tengahhari. Tak pun waktu berborak dengan kawan di warung makan.

cerita pampasanYa , jadi apa kaitan teh ais dengan artikel kali ini? .Dalam artikel ini, saya ingin mengajak saudara pembaca terutama yang belum lagi merancang bahagian pengagihan kekayaan apabila telah meninggal dunia nanti untuk melihat bagaimana teh ais boleh membantu kewangan keluarga. Yup..Maksud saya perancangan setelah anda mati. Kita memang perlu merancang dalam setiap tindakan. Nak mati pun kena merancang.Gagal merancang bererti merancang untuk gagal.

Pernah tak anda menyenaraikan segala hutang piutang semasa yang ada?

Pernah tak anda terfikir sekiranya sekejap lagi masa terakhir menghembuskan nafas, apa yang ingin anda tinggalkan untuk isteri, anak-anak, ibu bapa dan sesiapa sahaja yang anda sayangi?

Jika belum, ini masanya anda bertindak. Anda perlu senaraikan segala liabiliti kewangan yang dimiliki. Hutang pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman peribadi, hutang kad kredit, hutang amalan-amalan ibadah, hutang dengan kawan-kawan, hutang ptptn dan segala hutang yang ada. senaraikan dulu.

Dari jumlah hutang tersebut, anda akan sedar 1 perancangan besar perlu dilakukan jika anda bakal meninggal dunia.

Percaya atau tidak, anda bakal meninggalkan bebanan yang tinggi kepada orang yang anda sayangi sekiranya kesemua hutang tersebut tidak dilunaskan.

Kejap…

Kalau tiada hutang?

Oh… Tak berhutang tidak bermakna anda tidak perlu merancang. Anda boleh merancang meninggalkan sejumlah wang untuk meringankan kesedihan orang yang tersayang.

Lihat gambarajah ini. Lihat bagaimana tabiat mengurangkan 1 gelas teh ais sehari bakal menyediakan orang yang anda sayangi dengan sejumlah wang pampasan RM150,000.

promo-teh-ais1

Dengan mengurangkan tabiat meminum segelas air yang berharga RM1.50 setiap hari, anda bakal mengumpulkan sejumlah RM45 sebulan. Amaun ini sebenarnya sudah cukup untuk melayakkan anda dengan 1 plan dari syarikat takaful.

Ingin tahu lebih lanjut tentang plan ini? Boleh hubungi saya terus.

ps: selamat merancang

Dirompak Ketika Jumpa Client

Pernah tak anda dirompak? Menjadi mangsa rompakan? Kali ni saya nak kongsikan kisah saya menjadi mangsa rompakan. Mudah-mudahan para pembaca dapat mengambil langkah berjaga-jaga dan iktibar dari pengalaman berharga saya.

Kisah Rompakan Bermula…
Tarikhnya 12/12/12. Lokasi berlaku di sebuah kedai di Pekan Rawang. Saya temankan kawan sekerja menziarahi client dia. Kebetulan client beliau ialah owner sebuah perniagaan. Jadi kami ke kedai dia je la. Kejadian rompakan tu berlaku dalam jam 3.50 petang. Sekumpulan perompak ( antara 5-8 orang ) masuk ke kedai beliau dengan menyamar sebagai polis. Modus operandi ialah dengan menyamar dan meminta lesen perniagaan.

Kemudian mereka menggeledah keseluruhan kedai. Apa yang saya perhatikan, semuanya bersenjatakan parang 2 kaki. Seorang india dan bakinya melayu. Mereka rampas semua telephone ofis dan bimbit, alat rakaman cctv, duit-duit tunai di kaunter dan 2 buah kereta milik owner kedai. Semuanya berlaku dalam masa 10-15 minit. Tanpa topeng dan sarung tangan.

Iktibar & Langkah Berjaga-jaga…

Sebagai mangsa yang terlibat, ini satu-satunya pengalaman berharga yang saya pasti boleh membantu orang-orang awam di luar sana. Maksud saya, langkah-langkah persediaan dan apa yang boleh anda lakukan selepas berlaku rompakan.

Sebelum berlaku :

  • jangan tinggalkan dompet kosong atau baki RM10. Biarlah minima dalam RM100 ke atas. Kenapa? Kalaulah dirompak, sekurang-kurangnya ada duit untuk dirompak :) bayangkan kalau xde. Mungkin keselamatan diri anda akan goyah. Pernah tonton movie ‘tresspass’?
  • pasang apps atau apa-apa software yang boleh menjejak phone anda jika hilang atau dicuri. Ada 1 kes dimana si mangsa memasang function ‘i clouds’ dan pencuri tertangkap oleh sebab function apps tersebut

Semasa berlaku :

  • panik tu normal. Cuma jangan over. Perompak akan minta barang-barang yang bernilai yang ada pada kita. Jadi serahkan saja. Ingat nyawa lebih berharga dan tiada nilai tara bandingnya.
  • saya sempat minta dompet semula. Jadi, jangan takut untuk meminta sesuatu yang bernilai pada anda tapi tidak pada si perompak. Cuba. Kalau tak dapat, nak buat macammana
  • jikalau boleh, cuba cam wajah si perompak. Seboleh-bolehnya. Cukup dengan 1 wajah pun ok. Ini sebenarnya sangat berguna untuk membantu pihak polis menyiasat
  • melawan? Kalau mampu, lawan le. Tapi kalau tak, baik jangan. Fikirkan sewaras-warasnya kelebihan dan kekurangan kalau anda mengambil langkah untuk berlawan.

Selepas rompakan…

  • kalau berani, cuba ekori si perompak dari jauh dan hubungi polis. Kalau tak berani ekori, hubungi pihak polis untuk aduan segera. Mana tahu kalau polis yang hendak bertindak segera.
  • segerakan laporan polis di balai. Pihak polis akan mengambil keterangan dari mangsa kejadian. Dapatkan salinan laporan polis untuk kegunaan lain kelak. Contoh untuk membuat kad pengenalan.
  • duduk dan fikirkan semula mana-mana tindakan yang perlu anda ambil secara segera atau berperingkat. Sebagai contoh menghubungi pihak bank untuk kad kredit.

Rasanya ini je la yang saya boleh belajar dari pengalaman dirompak. Di Malaysia, perompak dah semakin berani menyamar jadi polis. Jadi sebagai orang awam, kita mesti lebih berhati-hati. Jangan sesekali mudah percaya kepada mereka yang mengaku polis. Minta mereka tunjukkan kad kuasa terlebih dahulu sebelum membenarkan mereka masuk ke kediaman anda,ofis mahupun kedai anda.

Semoga membantu

Kenapa Kita Mesti Ada Polisi RM 1 Juta ?

hantaran kahwin takaful RM1 jutaSaya yakin ramai orang yang ingin hidup kaya. Jadi jutawan dalam hidupnya. Dengan pelbagai tujuan, usaha yang dilakukan pun melalui pelbagai jalan. Cuma adakah kita semua sedar usaha yang kita lakukan tersebut selari atau tidak dengan impian ingin menjadi jutawan? Ia satu Realiti atau fantasi untuk semua usaha yang kita lakukan ?
Untuk mengenalpasti samada impian atau angan-angan, saya jemput tuan-tuan dan puan-puan muat turun ebook terkini saya “ebook : Perunding Takaful” di sini ( masih dalam pembikinan ). :)
Berbalik pada topik di atas, tahu tak kenapa kita harus menjadi jutawan ? Yup..maksud saya jutawan dari segi kewangan?
Jutawan & Tanggungjawab

Lihat sekeliling kita. Ini bukan soal materialistik atau gilakan kemewahan dunia. Ini lebih kepada tanggungjawab sebagai seorang anak, seorang bapa, seorang suami, seorang abang, seorang pejuang anak bangsa, hatta seorang pejuang agama. Menjadi jutawan adalah satu kemestian kerana dengan kekayaan tadi kita bakal melepaskan kerunsingan anak-anak untuk menyambung pelajaran. Untuk si isteri meneruskan kehidupan yang dia berhak milik. Untuk ibu dan ayah walaupun jasa & budi mereka tak terbeli. Untuk anak bangsa. Menyediakan mereka dengan prasarana-prasarana yang membantu mereka membina kehidupan . seterusnya untuk agama. Membantu mengembangkan syiar. Apalah nasib malang jikalau hidup tidak memberi apa-apa, mati pula tiada jasa.

Itulah tujuan BESAR kenapa kita harus menjadi jutawan.
Persoalannya adakah kita boleh menjadi jutawan hari ini? Haaa…Tentu ada yang tertanya-tanya. Kerja makan gaji je. Pendapatan RM3000- RM5000 sebulan. Kalau simpan RM1000 sebulan, setahun baru RM12,000. 10 tahun baru RM120,000. 30 tahun ? 50 tahun ? Sakit ? Mati ?
Nampak macam dah tak realistik kan ?

Kisah RM 500 Ribu & 7 Beradik

Ini kisah benar yang saya dapat dari hasil perbualan saya pagi tadi. Orangnya memang tak sempat jadi jutawan sewaktu hidup, tapi meninggalkan harta pampasan separuh dari RM 1 juta untuk keluarganya.

Syukur. Kisahnya pagi tadi saya bertemu dengan seorang akak. Saya dekati beliau untuk berkongsi info tentang plan takaful. Katanya dia dah ada. Dia dah 5 tahun ambil. Saya tanyakan padanya .

Naim : Akak, Boleh kongsi dengan saya macammana akak boleh ada kesedaran awal tentang takaful & insurans ni?
Akak : Akak bersyukur sangat. Sebenarnya perkara ni berlaku pada akak. Ayah akak. Dia dah meninggal. Meninggal dalam kemalangan. Waktu tu tahun 1991. Belum ada orang melayu yang ada kesedaran nak ambil tahu dan langgan insurans ni. Ayah akak lain. Dia ambil. Ditakdirkan dia meninggal. Pampasan yang diberikan sebanyak RM 500,000. Akak bersyukur sangat. Duit tu lah yang digunakan untuk menyara akak 7 beradik sambung belajar. Bahkan sampai kahwin pun, kami masih boleh guna duit tu.

Nampak tak kesannya?

Ya. Memang mustahak kita menjadi jutawan. Namun bukan semua orang mampu menjadi jutawan. Bukan niat untuk mematahkan impian kalian tentang menjadi jutawan dalam kehidupan, hanya segelintir sahaja yang berjaya menggapai impian ini dalam kehidupan mereka. Selebihnya, samada gagal atau telah terkorban ketika dalam usaha mengejar impian tersebut. Untuk memiliki wang RM 1 juta dalam akaun simpanan, memerlukan usaha dan disiplin yang tinggi. Ramai yang tak mampu. Justeru, ramai mencari jalan mudah dan cepat. Sampailah yang tersesat. Ada yang terperangkap. Tak sempat jadi jutawan, dah jadi tak ketahuan. Kaya tak dapat kayap yang hinggap.

Polisi 1 Juta

Ini adalah salah satu cara yang mudah dan berkesan. Sungguhpun kebarangkalian anda untuk menikmatinya tipis, tapi besar manfaat kepada mereka-mereka yang anda wariskan. Dengan secebis simpanan , semua orang pasti mampu memiliki polisi macam ni. Bayangkan dengan wang persediaan RM 1 juta telah ada dalam akaun bank anda? Dapat bayangkan tak? Jika kita ditakdirkan meninggal esok hari, selain amalan apa lagi yang ingin kita tinggalkan untuk orang-orang yang kita sayang?

Cukuplah dengan apa yang kita pernah alami dulu. Atau barangkali kita pernah mendengar adik beradik bergaduh sesama sendiri demi tanah sekangkang kera. Ada pula yang diam-diam memakan harta anak yatim. Semuanya kerana harta sejemput.

Bagaimana pula dengan masyarakat yang kita tinggalkan? Apa lah yang akan mereka lakukan jika wang pampasan RM 1 juta diberikan kepada mereka? Terbayangkah kita dengan wang tersebut, ada anak-anak jiran yang boleh dibantu sesi persekolahan. Masjid dan pusat bacaan boleh diperbesarkan. Sumbangan untuk pelbagai yayasan boleh diperuntukkan.

Namun, ramai dari kita yang ambil kisah tak kisah je dengan persediaan ni. Duit rokok boleh berhabis. Duit untuk hiburan ASTRO takde masalah. Tapi nak suruh menyimpan untuk persediaan masa susah, macam-macam alasan. Sedih. Sedih saya dengan telatah orang macam ni. Mungkin mereka dah rasa aman dengan apa yang mereka ada.

Tapi bila terjatuh, barulah nak minta sana sini. Masa tu, sanggup berhabis. Bergolok gadai. Sampaikan ada yang terpaksa jual rumah tempat tinggal isteri dan anak-anak.

Adilkah untuk orang yang mereka sayang ?

Sekian.

Ps: Ingin tahu berapa jumlah sumbangan yang diperlukan untuk polisi pampasan RM 1 Juta ? Gunakan ruangan ini dan nyatakan Polisi 1 Juta dalam ruangan kotak tambahan

Mulakan Azam Haji Dengan Takaful Ummah

Impian menunaikan haji adalah satu impian yang mulia. Sayangnya impian hanya tinggal impian jika tidak pernah dimulakan dengan tindakan menabung. Ramai orang kita hari ini lebih gemar menyerahkan kepada nasib ataupun menunggu bulan jatuh ke riba untuk menunaikan haji. Mujurlah jika terjatuh, sebaliknya keadaan akan menjadi amat merugikan apabila terlepas kerana kekurangan duit atau disebabkan faktor usia. Menjadi tetamu Allah walaupun sekali dalam kehidupan muslim adalah impian suci yang amat-amat mulia. Bahkan ia adalah salah satu rukun dalam Islam. Namun bukan mudah untuk menjadi tetamu Allah ini.

Banyak pengorbanan yang harus dilakukan. Antaranya wang ringgit. Bukan senang untuk membelanjakan sejumlah besar wang. Tahun lepas,kos menunaikan haji oleh Lembaga Tabung haji mencecah RM10,000. Bayangkan jika 20 tahun lagi? Dengan inflasi yang menghakis nilai wang, bagaimana pula dengan harga minyak pada masa tersebut? Adakah kerana wang, kita sanggup mengenepikan kefardhuan haji? Pastikah kita benar-benar tiada kemampuan kewangan sedangkan hari ini kita mampu membeli belah barangan mewah?

Selain dari kewangan, faktor usia juga harus diambilkira. Jika kita hendak mula menabung ketika usia sudah lanjut, adakah kita benar-benar mempunyai tenaga yang cukup untuk menunaikannya nanti? pastikah kita boleh hidup sehingga usia tersebut? Atau bagaimana dapat kita jamin kesihatan diri hari esok? lantas apakah jawapan yang akan kita [Read more…]