APCO, Anwar, Najib, & 1Malaysia

Coretan kali ini berbaur bacang dengan perbincangan politik Malaysia. Walaubagaimanapun, ia dituliskan bukan dengan tujuan untuk merumitkan keadaan atau sebagainya. Sekadar kemaskini untuk diari seharian.

Hari ini, selepas balik kerja , terus naim ‘surf’ laman berita. MalaysiaKini adalah portal berita pertama yang akan naim buka. Selepas itu baru le naim buka harakahdaily, NST, Metro dan Utusan. Untuk the Edge Malaysia, naim akan ‘surf” bila dah bosan sangat mengadap komputer ni…hehe.. “surf” dan tengok gambar saja. Bukan baca pun. 🙂

Apa kaitan catitan naim ni dengan APCO, Anwar, Najib & 1 Malaysia? Takda kaitan pun. Selepas naim baca berita di MalaysiaKini, terus naim masuk lawat ke blog DS Anwar Ibrahim. Ye la. Tak puas kalau setakat baca dari portal berita je. Lebih baik terus ke sumber prima isu ni iaitu di Blog DSAI le.

Sekarang ni, naim nak cari artikel-artikel dari pihak bertentangan pula. Tak best kalau baca dari satu pihak je. Nak juga tahu “counter attack” pihak kerajaan. Baru umpphh.. Buat masa sekarang, belum lagi ada artikel atau sumber primer untuk artikel kontra bagi ulasan DSAI. Yang ada cuma ulasan dari YB Khairy Jamaludin.

Ps: menunggu berita terkini tentang Model Ekonomi Baru Malaysia 🙂