Dah Tukar Duit Raya Belum?

Kemaskini 2018 : Mulai 4/6/2018 Dah Boleh mula tukar duit raya. Better korang call dulu cawangan terdekat. Pastikan dulu waktu tukaran tu bila sebab sesetengah bank hanya benarkan tukaran pada jam 10-12 tengahhari je. Tak sama semua bank ni

Ingin Tahu Bagaimana Cara Mencari Duit Raya Untuk Tahun 2019 Nanti? 

 

Camner nak call bank cawangan terdekat? Google je no bank tu. Nanti Confirm jumpa. Direct terus tanya.

Kemaskini 2017 : Nak tukar duit raya dah boleh. Mulai 14/6/2017. Better korang call dulu cawangan terdekat. Pastikan dulu waktu tukaran tu bila sebab sesetengah bank hanya benarkan tukaran pada jam 10-12 tengahhari je. Tak sama semua bank ni.

Nak senang, tipsnya :

  1. Pergi ke bank yang tak ramai pelanggan ( contoh macam standard chartered ). Klu Maybank, CIMB, BSN ..mereput le
  2. Call dulu lagi bagus. Waktu tak sama
  3. Kalau ada akaun dengan bank nak tukar tu lagi bagus. Kebiasaannya bank akan utamakan pelanggan sendiri
  4. Kumpul dengan kawan2. Sekali jalan. senang

Dahulu, tak pernah terlintas di hati hal-hal remeh temeh sebegini. Tukar duit raya? Hehe.. Kalau fikirkan tentang dapat duit raya, itu benar. Itulah yang selalu terbayang-bayang apabila raya menjelang. Tapi, itu semua kisah lama. Kisah zaman menyanyikan lagu sekolah di pagi Ahah.

Duit Raya 2017

Semalam, sekali lagi cubaan meloloskan diri dengan terhormat berjaya dilaksanakan. Projek menukar duit raya buat julung kalinya dilakukan seorang diri. Bermotifkan duit raya RM1 & RM5, sedikit kalkulasi dihitung kira. Bukan apa, takut-takut ‘overbudget’. Kalau tidak, merana selepas raya.

Jadi, dengan hati berbunga dan berbekalkan RM500 di tangan, aku bergegas ke cawangan bank terdekat. Waktu tersebut, CIMB bank saja dalam kepala. Cawangan terdekat ialah kawasan CIMB Bank Menara Olympia,Raja Chulan. Malangnya, staff yang comel di sana maklumkan aku bahawa tukaran untuk notes RM1 & RM5 sudah kehabisan. Aduhai…. Ini yang leceh. Masa rehat cuma 60 minit sahaja. Dah terbuang 15 minit di sana. Hati yang mulanya mekar berbunga akhirnya layu kelesuan. Letih…

Namun atas sebab-sebab mendesak, dorongan kuat untuk menukar duit raya tadi berjaya mengenepikan sementara perasaan gundah gulana. Fikir dan fikir. Akhirnya keputusan seterusnya muncul. Lokasi berikut yang sesuai ialah Menara Maybank. Logiknya itu ibu pejabat Maybank. Takkan pula tak cukup notes untuk ditukar. Aku terus ke [Read more…]