Haaaa…sudah…Apa pula konspirasi yang naim tulis kali ini? Konspirasi orang kaya? ( conspiracy of the rich ). Sebenarnya ia ada kaitan dengan bahan bacaan naim untuk bulan ini. Alhamdulillah naim telah selesai membaca buku “Rich Dad’s Conspiracy of The Rich” seminggu yang lalu. Tetapi baru hari ini naim ada kesempatan untuk membuat catitan dalam blog peribadi. Matlamat sehari untuk membaca lebih dari 15 muka surat tercapai. Akhirnya naim berjaya habiskannya tanpa menganggu kerja-kerja “buat duit online” naim…Hehehe.
Walaupun begitu, bukan “semangat untuk mengumpul buku” yang naim cari. Naim cuma nak galakkan diri supaya berdisiplin dalam bab bacaan. Lagipun orang-orang berjaya didunia, semuanya suka membaca. Perbezaannya ialah apa yang mereka baca dan naim baca. Kalau benar bacaan mereka mengarut, ringan, santai dan sekadar hiburan semata-mata, sudah tentu mereka bukan tokoh ternama hari ini. Namun begitu, apa yang lebih menjadikan mereka berjaya berbanding naim ialah berapa banyak buku yang telah mereka baca dan keberkesanan ilmu yang diterima dipraktiskan dalam kehidupan. Itu bezanya mereka dengan orang-orang kebiasaan seperti naim. Betul tak? 🙂
Oh ya, untuk sesiapa yang belum membaca buku Robert Kiyosaki ini ” Rich Dad’s COR” , naim ingin kongsikan serba sedikit input yang bagus untuk dinilai dan [Read more…]
Recent Comments