Hujung minggu ni, ada sikit plan baru. Plan lama masih berjalan macam biasa. Plan baru nak menyiapkan 1 projek tergendala dan dapatkan sebanyak cash yang boleh. InsyaAllah boleh dapat dalam RM600 ( jangkaan sahaja ). Projek tu ada kaitan dengan jual ebook jugak. Keberkesanan tu tak pasti macammana. Cuma boleh mencuba je le.
Langkah Pertama : Siapkan semua kelengkapan produk termasuk website yang lengkap untuk menjual
Langkah Kedua : Siapkan semua pakej MRR ( Master Resale Right ) untuk produk tersebut
Langkah Ketiga : Siapkan web affiliate yang simple untuk memudahkan customer VIP menjana pendapatan agen dari produk tersebut.
Langkah Keempat : Siap!!! hehe..
Ntah jadi ke tidak . Rancang je le dulu. Malam ni fokus untuk siapkan langkah pertama je dulu. Pagi besok, mungkin boleh siapkan langkah kedua. Sebelah petang untuk langkah ketiga. Malam besok , rest le sekejap.
Pagi Ahad baru start testing semua bahan-bahan.
Motif kali ini ialah :
- Dapatkan CASH RM600
- Gembirakan hati pelanggan produk sedia ada ( PPCPercuma & PanduanVCC )
Mudah-mudahan segala gerak kerja ana ni menjadi mudah. InsyaAllah ana azam kali ini 20% dari keuntungan akan ana sedekahkan pada pertubuhan2 Islam yang terdekat.
Recent Comments