Yahoo!!! Tamat Sudah Konspirasi Orang Kaya

Haaaa…sudah…Apa pula konspirasi yang naim tulis kali ini? Konspirasi orang kaya? ( conspiracy of the rich ). Sebenarnya ia ada kaitan dengan bahan bacaan naim untuk bulan ini. Alhamdulillah naim telah selesai membaca buku “Rich Dad’s Conspiracy of The Rich” seminggu yang lalu. Tetapi baru hari ini naim ada kesempatan untuk membuat catitan dalam blog peribadi. Matlamat sehari untuk membaca lebih dari 15 muka surat tercapai. Akhirnya naim berjaya habiskannya tanpa menganggu kerja-kerja “buat duit online” naim…Hehehe.

muka depan COR

muka depan COR

Walaupun begitu, bukan “semangat untuk mengumpul buku” yang naim cari. Naim cuma nak galakkan diri supaya berdisiplin dalam bab bacaan. Lagipun orang-orang berjaya didunia, semuanya suka membaca. Perbezaannya ialah apa yang mereka baca dan naim baca. Kalau benar bacaan mereka mengarut, ringan, santai dan sekadar hiburan semata-mata, sudah tentu mereka bukan tokoh ternama hari ini. Namun begitu, apa yang lebih menjadikan mereka berjaya berbanding naim ialah berapa banyak buku yang telah mereka baca dan keberkesanan ilmu yang diterima dipraktiskan dalam kehidupan. Itu bezanya mereka dengan orang-orang kebiasaan seperti naim. Betul tak? 🙂

Oh ya, untuk sesiapa yang belum membaca buku Robert Kiyosaki ini ” Rich Dad’s COR” , naim ingin kongsikan serba sedikit input yang bagus untuk dinilai dan [Read more…]

Conspiracy Of the Rich ( COR ) : Beli Buku Online

Rasa semacam kurang puas hati kalau tak menulis sesuatu dalam blog ni. Angin “ketagih” dah mari. 🙂 Ini kira “time” rajin menulis le. Walaupun tulisan dan gaya bahasa memang caca merba. 🙂 Susah nak menulis dalam keadaan yang tiada “jiwa”. Hehe

Apa yang naim nak tulis ni dah pun berlaku. 24 jam sebelum artikel ni disiarkan. Apapun lebih baik dicatatkan supaya :

  • menjadi 1 diari hidup. Boleh dirujuk kelak
  • memperbanyakkan artikel..hehe…Bagus untuk SEO
  • mengelak masa terluang dari duduk menonton TV..keh..keh..keh

Ok.. Kira-kira 9 hari yang lalu ( 15hb February 2010 ), naim telah membuat satu tempahan pembelian buku melalui MPHOnline. Ini kiranya kali pertama la. Bukan apa, malas naim nak ke kedai buku ni. Kalau pergi tu, banyak kos yang perlu diambil kira. Nanti, semua buku nak dibeli. Susah tu..hihihi

Alhamdulillah..rupa-rupanya tempahan melalui online di MPHOnline ada ditawarkan diskaun. Naim dapat diskaun tersebut sebab buku yang naim nak beli ada dalam kategori diskaun. Seronok le. Diskaun 20% bermakna naim boleh jimatkan wang sehingga 20% dan boleh digunakan untuk perkara-perkara lain pula . Ops…bukan untuk shopping tak tentu pasal.

Oleh kerana 15hb ialah hari kedua Public Holiday Raya Cina, maka tempahan naim tadi dalam proses tertangguh. Iyer…mana ada orang nak kerja masa-masa begitu …doh… Nak tak nak, naim perlu [Read more…]