Apa Kata Anda Tentang Bajet 2011?

Saya fikir belum terlambat untuk menulis tentang bajet 2011 di dalam blog ini. Bajet yang diumumkan pada 15 Oktober telah pun diperkatakan dan diperdebatkan oleh sebahagian masyarakat. Sebahagiannya menggunakan bajet tersebut untuk menjadi arah tuju perniagaan. Tak kurang juga sebahagian lagi menunggu bulan jatuh ke riba. Walau apapun, bajet 2011 ialah langkah persediaan kerajaan yang patut kita contohi dalam kehidupan seharian.

Menyediakan bajet adalah langkah terbaik sebelum berbelanja. Berbelanja tanpa bajet pasti mengundang padah. Kesudahannya kes hutang isirumah yang meningkat, kurangnya peruntukan simpanan hari tua, dan hidup dalam ketakutan akibat kes kebankrapan. Kesemuanya mempunyai natijah yang buruk jika terlebih belanja.

Jumlah hutang isi rumah pada tahun 2009 ialah 77% Dari GDP ( Gross Domestic Product) iaitu RM389billion. Ia adalah jumlah tertinggi dikalangan negara Asia. Sebanyak 27% dari hutang isirumah rakyat Malaysia pula adalah hutang yang melibatkan pembelian kereta. Apa makna semua ini dan kaitannya dengan bajet 2011?

Rakyat Malaysia Suka Berhutang @ Terpaksa Berhutang ?

Inilah persoalan sebenar yang perlu dirungkaikan jawapannya bersama. Tak kira diperingkat nasional mahupun ahli mesyuarat sembang kopi-o.

Diperingkat negara, hutang negara terus bertambah dengan “Bajet 2011″ yang mencatatkan defisit kali ke 14 semenjak tahun 1998. Maknanya kerajaan masih mengamalkan perbelanjaan berlebihan berbanding hasil yang diterima. Ini bukanlah sesuatu yang [Read more…]