Kijang Emas & Jual Beli Emas PublicGold

Macam yang di “plan” semalam, Alhamdulillah berjaya juga ana menjual sebahagian emas dalam simpanan sendiri. Pembeli ialah seorang cikgu dari Pontian, Johor. Ana jual emas ketul ( Gold Bar ) Public Gold 20 gram dan 3 keping 1 dinar emas pada harga keseluruhan RM3956 sahaja. Transaksi berjaya walaupun ada la skit-skit masalah teknikal tadi..Hehe…

Cuma yang lebih best lagi, ana dapat sms dari en Ajun. Dia nak jual kijang emas 1 Oz. Tempoh hari dah buat deal dengan dia, harga pun baik jugak le. RM3610 sahaja. Kebetulan tadi, kawan en Ajun ni ,En halim yang datang untuk delivery. So memudahkan kerja ana la. Sebelum solat jumaat, risau gak sebab 2 transaksi ni akan berjalan serentak. Ana akan jual emas ana tu dulu pada Cikgu Azrul, kemudian duit tadi akan ana gunakan untuk belian Kijang emas 1OZ. Hampir 30-45 minit jugak le masa transaksi tu. Ye le…Sorang dari Pontian, sorang dari Damansara, ni sorang ni takde duit kat tangan. Itu yang berserabut sikit.hehehe…

Kesimpulannya, syukur sebab selain dapat untung ringgit2, dapat tambah kenalan. Cikgu Azrul ni orangnya penuh semangat. Cara cakap tu memang “excited” dengan jual beli emas. Memang chance untuk dia terus maju dengan Gold ni lebih cerah. Dulu ana jumpa Pokli macam [Read more…]