eBay Seller : Pengalaman Pos Barang Fizikal Ke Luar Negara

ebay seller : barangan fizikal di pos malaysia

Jam 11 hari Isnin. Dengan sedikit ruang masa rehat yang ada, saya loloskan diri untuk menghantar barangan fizikal yang terjual di eBay ( walaupun dah kena banned ) . Prosesnya tak lama cuma membosankan jika ramai orang yang berurusan di pejabat Pos. Oh ya, untuk urusan penghantaran ini saya gunakan khidmat Pos Malaysia sahaja. Rasanya belum sampai lagi kemampuan untuk menggunakan khidmat pos lain seperti UPS, DHL, FEDEX atau sebagainya. Almaklum penjual kecil-kecilan yang mencari lebihan sesuap nasi setiap hari.

Untuk menghantar barangan ke luar negara, saya gunakan khidmat Pos Daftar ataupun Registered Mail. Registered Mail ini menyediakan nombor jejak atau lebih popular dikenali dengan ‘Tracking Code” . Hehehe. Senang sebut Tracking Number je. Nombor ini penting. Inilah satu-satunya cara untuk menjejak barangan, mengelakkan dari kena ‘dispute eBay atau PayPal” dan satu-satunya bukti yang masih tinggal untuk berurusan dengan pihak pejabat Pos.

Perkara Penting :

  1. Caj penghantaran atau harga setem berdasarkan berat barangan dan lokasi penghantaran.
  2. Ada barangan yang perlu menggunakan borang hijau atau “Custom Declaration“.
  3. Untuk Pos Daftar, harga terkini untuk satu nombor ialah RM4.10

Justeru, ketika berurusan di kaunter pos, saya serahkan bungkusan barangan untuk ditimbang terlebih dahulu dan harga setem akan dikira berasaskan berat dan lokasi penghantaran. Kelazimannya barangan yang berat sekitar 200 [Read more…]