Jual Beli Kijang Emas Yang Menguntungkan

Jumaat lepas, beli 1 keping Kijang Emas dari en Ajun ( rujuk catatan lepas ). Harga belian time tu ialah RM 3610 untuk 1 Oz kijang emas. Kalau beli kat Maybank waktu tu, harga jualan ialah RM 3702 ( lock harga pada 10/10 ). Jauh jugak beza tu. Ana ingat salah satu nasihat Rich Dad Robert Kiyosaki ialah “you make profit when you’re buying, not selling”..Lebih kurang macam tu jugak le bunyinya.

Semalam harga kijang emas naik semula setelah jatuh kepada RM 3677/oz… Kecut perut jugak le. Risau rugi. Main emas memang le untung jangka masa panjang. Cuma ia tak berbaloi dengan keperluan dan masa seseorang. Sebagai contoh, jika ana PERLU duit tu untuk sesuatu perkara yang ana fikir perlu, pelaburan JANGKAMASA PANJANG emas ni takkan berbaloi berbanding apa yang terpaksa dikorbankan. Memang kena banyak bersabar le kalau nak melabur emas ni..hehehe.

Date 1 oz 1/2 oz 1/4 oz
Selling Buying Selling Buying Selling Buying
1/10/2009 3,622 3,406 1,846 1,703 940 851
2/10/2009 3,620 3,404 1,845 1,702 940 851
5/10/2009 3,619 3,403 1,844 1,701 940 851
6/10/2009 3,647 3,429 1,859 1,715 947 857
7/10/2009 3,705 3,484 1,888 1,742 962 871
8/10/2009 3,718 3,495 1,895 1,748 965 874
9/10/2009 3,702 3,480 1,886 1,740 961 870
12/10/2009 3,721 3,498 1,896 1,749 966 875
13/10/2009 3,722 3,501 1,897 1,751 966 875
14/10/2009 3,748 3,525 1,910 1,763 973 881
15/10/2009 3,718 3,496 1,895 1,748 965 874
16/10/2009 3,677 3,457 1,874 1,729 955 864
19/10/2009 3,702 3,482 1,887 1,741 961 870
20/10/2009 3,725 3,503 1,899 1,751 967 876
21/10/2009 3,715 3,495 1,893 1,748 965 874

So semalam tanpa sedikit kesabaran, plus , keghairahan mencari untung, ana terus advertise di JutawanEmas untuk menjual emas kijang tu dengan harga yang munasabah. Ana jual pada harga RM 3710/oz. Untung RM 100 dalam masa 4 hari. Mujur ada buyer segera..Keh keh…Cepat sungguh tokey2 emas kat JE tu. Siap buyer tu nak beli lagi 1 kijang emas. [Read more…]

Kijang Emas & Jual Beli Emas PublicGold

Macam yang di “plan” semalam, Alhamdulillah berjaya juga ana menjual sebahagian emas dalam simpanan sendiri. Pembeli ialah seorang cikgu dari Pontian, Johor. Ana jual emas ketul ( Gold Bar ) Public Gold 20 gram dan 3 keping 1 dinar emas pada harga keseluruhan RM3956 sahaja. Transaksi berjaya walaupun ada la skit-skit masalah teknikal tadi..Hehe…

Cuma yang lebih best lagi, ana dapat sms dari en Ajun. Dia nak jual kijang emas 1 Oz. Tempoh hari dah buat deal dengan dia, harga pun baik jugak le. RM3610 sahaja. Kebetulan tadi, kawan en Ajun ni ,En halim yang datang untuk delivery. So memudahkan kerja ana la. Sebelum solat jumaat, risau gak sebab 2 transaksi ni akan berjalan serentak. Ana akan jual emas ana tu dulu pada Cikgu Azrul, kemudian duit tadi akan ana gunakan untuk belian Kijang emas 1OZ. Hampir 30-45 minit jugak le masa transaksi tu. Ye le…Sorang dari Pontian, sorang dari Damansara, ni sorang ni takde duit kat tangan. Itu yang berserabut sikit.hehehe…

Kesimpulannya, syukur sebab selain dapat untung ringgit2, dapat tambah kenalan. Cikgu Azrul ni orangnya penuh semangat. Cara cakap tu memang “excited” dengan jual beli emas. Memang chance untuk dia terus maju dengan Gold ni lebih cerah. Dulu ana jumpa Pokli macam [Read more…]