Ombak Tsunami Kewangan Kedua Pada Bulan Mac Ini

Nampak macam hype pula tajuk yang naim tulis ni 🙂 . Tadi naim ada baca satu artikel omputih di internet. Jadi , untuk mengelakkan dari lupa, naim fikir lebih baik apa yang naim dapat dan faham ditulis semula.

Tahun 2008-09 yang lalu menjadi palitan hitam sejarah dunia. Kalaupun tak hitam, boleh dikira malang untuk 480,000 penganggur di US sana kerana dibuang kerja dalam masa yang tak dijangka. Kiranya ekonomi pada tahap sekarang sedang mengalami proses baik pulih agaknya. Itulah apa yang dicanangkan setiap hari di media arus perdana…Ahh..lantaklah..

Ingat, walau dalam keadaan apa sekalipun, kita harus bersedia. Allah sendiri telah mengingatkan manusia melalui kisah nabi Yusof dalam menyusun atur sistem ekonomi pada zaman baginda. Begitu juga dengan kita.

Nak tulis panjang-panjang, naim pun tak dak mood. Bukannya nota kuliah yang nak dihasilkan. Tapi sekadar nota ringkas untuk ulangkaji pada masa depan.

Artikel “Red Alert : The Second Wave of The Financial Tsunami“, melalui penulisan oleh “Mathhias Chang” menerangkan kenapa gelombang tsunami kedua ekonomi akan melanda pada sukuan pertama dan kdua 2010. Jadi sekarang ekonomi dalam momentum mengumpul segala masalah untuk meletup kembali pada 2 3 bulan akan datanga 🙂 . Betul ke?

Baiklah..Itu la yang naim nak tuliskan disini. Mudah-mudahan memberi manfaat pada diri naim [Read more…]