5 Sebab Kenapa Gadai Emas Di Agrobank Lebih Untung?

Selain jadi perhiasan wanita, barangan kemas boleh menjadi sumber kewangan alternatif . Mak ayah kita dulu, apabila ada keperluan mendesak, barangan kemas lah yang boleh digunakan untuk mendapatkan wang dari gadaian.

Hal yang sama tak berubah walau peredaran zaman berlaku. Persoalannya dimanakah tempat yang bagus untuk menggadaikan barangan kemas tanpa ditipu ( ada kes pihak pemegang pajak yang kikis emas ) , islamik, murah dan boleh berikan margin pinjaman yang lebih tinggi.

Saya kongsikan di sini pengalaman-pengalaman saya memajak barangan kemas mahupun kepingan emas 999/ syiling. Sehingga artikel ini ditulis, saya baru berpengalaman memajak di 3 tempat. Bank Rakyat, Arrahnu Pejabat Pos dan yang terbaru ialah Arrahnu AgroBank.

Dalam artikel-artikel terdahulu, saya pernah kongsikan berkenaan gadaian emas di sini :

Cumanya saya terlupa untuk menulis perihal memajak emas di Arrahnu Pos Malaysia. Serba sedikit tentang Arrahnu Pos ialah :

  • Upah simpan : RM0.85 bagi setiap RM100 dari nilai Marhun ( Nilaian emas yang digadaikan )
  • Tempoh gadaian 6 bulan. Boleh dilanjutkan tambahan 6 bulan. Max 12 bulan sahaja ( 2 kali ). Lanjutan seterusnya perlu tukar surat ( perjanjian baru )
  • Margin pinjaman ialah 75%
  • Caj tambahan surat notifikasi RM2.50

Baik. Kenapa saya katakan memajak di Arrahnu AgroBank kali ini lebih baik berbanding Arrahnu Pos & Bank Rakyat ? Ok, teruskan bacaan anda ye

Kelebihan Pertama : Margin Pinjaman 80% – Lebih Tinggi

Margin Pinjaman Arrahnu

Ok. Kenapa margin pinjaman tinggi lagi baik? Ye la. Kalau kita nak meminjam, tentulah kita nak jumlah yang max boleh pinjam. Dalam kes gadaian ni, AgroBank tawarkan max 80%. Kalaulah barangan kemas anda bernilai RM10k, jadi anda boleh dapatkan max RM8k.

Berbanding Arrahnu Pos, kelayakan max ialah RM7.5K sahaja. Samalah juga dengan Arrahnu Bank Rakyat.

Kelebihan Kedua : Upah Simpan Yang Lebih Murah

Nilai Marhun

Apabila dah meminjam, tentulah ada kos yang perlu dibayar. Dalam sistem gadaian arrahnu ni, kita tak panggil bunga pinjaman. Tapi urusan transaksi ni menggelarkan upah simpan. Pihak pemegang gadaian akan mengenakan cas bagi menyimpan barangan kemas anda. Boleh faham?

Berapa upah simpan yang dikenakan ? Di AgroBank, upah simpan bergantung kepada jumlah nilai Marhun ( Nilaian semasa barangan kemas ) anda.

Contoh :

  • Berat barang kemas : 50 gram
  • Nilaian per gram : RM190/gram
  • Nilai Marhun ( berat x nilaian per gram ) : 50 x190 = RM9500
  • Upah Simpan
    • RM9500/100 =95Upah Simpan :
    • 95 x RM 0.75 = RM71.25
    • Upah simpan sebulan = RM71.25Upah simpan
    • Upah simpan 6 bulan : RM427.50

Disebabkan Nilai Marhun melepasi RM5001, upah simpan ialah RM0.75 bagi setiap RM100. Kiranya sama je la kan dengan Bank Rakyat. Lebih murah dari Arrahnu Pos sebab upah simpan sana ialah RM0.85. Jimat 10sen.

Tapi…hehehe. Ada cara lain. Cara nak dapatkan upah simpan RM0.50 saja. So, kalau 50 sen je, upah simpan 6 bulan cuma RM285. Jimat hampir 67% dari cara biasa. Part ni, nanti saya sharekan di dalam artikel yang lain.

Kelebihan Ketiga : Nilaian Semasa Yang Tinggi

Ini pun penting. Harga emas nilaian Arrahnu AgroBank lebih tinggi berbanding Arrahnu Pos Malaysia. Nak cek harga yang tepat setiap hari tu, memang bermasalah sebab takde official price yang dipaparkan dalam website.

Tapi, bolehlah gunakan web ni sebagai panduan kasar. Terlebih kurang je. Tapi memang jauh lebih tinggilah berbanding Pos Malaysia. Ada juga koperas-koperasi yang menawarkan gadaian emas Arrahnu ni. Walaupun kadang-kadang nilaian tinggi, tak berbaloi sebab margin pinjaman rendah. Sekitar 60-70% saja.

Kelebihan Keempat : Lanjutan Tempoh Sehingga 5 Tahun

Saya difahamkan tempoh gadaian boleh tebus sehingga 5 tahun lamanya. Maknanya, selepas bayaran upah simpan 6 bulan, boleh lanjutkan lagi. Sehingga 9 kali lanjutan tambahan. Kalau kena teknik, boleh untung lagi banyak. Tapi dalam artikel ni, saya belum bercadang untuk kongsikan tekniknya. Masih dalam kajian real life case study kata orang. Hehehe.

Berbanding Pos Malaysia, boleh lanjutkan tempoh gadaian sehingga 6 bulan lagi. Tetapi maksima 1 tahun sahaja. Apabila cukup tempoh setahun ( 2 kali tempoh gadaian ), barang perlu ditebus. Samada bayaran lumpsum atau perlu tukar surat ( overlap ).

Kelebihan Kelima : Tiada Caj-caj Tambahan Yang Mengarut

Ok. Ini yang saya perhatikan dan alami sendiri. Di Pos Malaysia, mereka akan hantar notifikasi tentang tempoh gadaian. Setiap notifikasi melalui surat akan dicaj sebanyak RM2.50. Inilah caj mengarut yang saya maksudkan. Hahaha..

Itu belum lagi bila surat hilang. Saya dah 2 kali hilang surat gadaian. Setiap kali hilang, kena dapatkan akuan sumpah + caj RM10. Proses ni memang la ok. Untuk elakkan penipuan. Tetapi ia adalah caj-caj mengarut yang tidak dikenakan oleh pihak AgroBank.

Sekian sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Jika anda ada lebih info yang ingin dikongsikan, bolehlah tinggalkan di bawah. Oh ya, kalau rasa artikel ini bermanfaat, anda boleh subscribe untuk ikuti artikel-artikel baru yang akan datang atau kongsikan di facebook untuk membantu rakan-rakan lain.