Inilah tips paling utama membeli syiling emas ( Kijang Emas ). Nampak bagai mengarut. Tetapi inilah asas dan dasarnya. Tips ini boleh diaplikasikan pada semua keadaan dan pada semua barang.
Oleh kerana kijang emas ( syiling emas ) adalah emas, harganya turut bergantung kepada harga emas di pasaran dunia. Dalam ayat yang mudah, jika harga emas dunia naik, maka harga syiling Kijang Emas akan turut naik. Begitulah sebaliknya.
Bagaimana harga emas dunia ditentukan ?
Secara digit, ia melibatkan perkara-perkara teknikal. Namun secara umum, harga emas bergantung kepada situasi semasa ekonomi dunia. Jika anda dapat membaca keadaan ekonomi dunia selangkah ke hadapan, anda boleh membuat jangkaan samada harga emas akan melonjak ataupun menjunam.
Berpandukan graf 2 tahun emas, ada sesuatu yang boleh kita pelajari. Sebagai contoh, sejak akhir-akhir ini naim membaca dan mendengar dari pelbagai berita tentang khabar ekonomi dunia yang sedang kembali pulih. Begitu juga berita-berita sebaliknya. Antara yang terkini ialah makluman dari pihak BNM tentang kadar dasar semalaman (OPR) Malaysia telah dinaikkan kepada 2.25%. Adakah semua ini akan mempengaruhi harga emas? Semestinya ya. Cuma apa yang berlaku di Malaysia tidak memberikan impak besar kepada harga emas dunia. Kenapa? 😉 Sebab Malaysia ni pemain kecil je dalam emas dunia…hehe
Untuk melihat [Read more…]
Recent Comments