Hibah Takaful Paling Murah 2020

Hanya RM23.69 sebulan untuk pampasan RM100k suami isteri ( umur 30 tahun dan cover sehingga 55tahun).Pada saya, ini plan takaful hayat yang paling murah pernah jumpa..Sesuai sangat untuk sesiapa yang nak tambah plan atau baru nak ada..Boleh letak penama ( WASI) ataupun HIBAH ataupun serahmutlak ( ABSOLUTE ASSIGNMENT)..Dengan amaun ini, mungkin mencukupi untuk :

  • – elakkan pertelingkahan waris ( jika tiada cash yg cukup)
  • – selesaikan hutang dunia & HUTANG AKHIRAT
  • – tambahan tabungan pendidikan
  • – menampung wang sarahidup sementara ahli keluarga
  • – menjadi wakaf untuk bekalan di alam barzakh.

Jika anda belum pasti berapa sebenarnya amaun tambahan yang diperlukan (khususnya dengan takaful) , perancangan pusaka dapat membantu sehabis baik.

Tak percaya??? Nanti saya tunjukkan bagaimana caranya..

Oh ya ! Ini produk takaful hayat bertempoh dari FWD Takaful. Saya bukan agent. Tiada komisen pun utk saya kongsikan.

Jika anda ingin melanggan, boleh daftar terus di web FWD.

https://www.fwd.com.my/direct/prequote

Produk ini dijual tanpa servis agent.

Jangan risau, urusan claim tak susah mana pun. Jika anda rasa info ini bermanfaat, SILA SHARE supaya ramai ahli keluarga, kawan2 kita dapat manfaatnya juga. Masih ramai di luar yg belum ada plan takaful kerana harganya yang agak menggigit poket.

Sedih bila berlaku kematian, ramai yang sibuk tanya waris perihal si mati ada takaful @ tak. Lagi sedih bila si isteri terpaksa jawab ‘tiada’ dengan kehampaan. Marilah kita membantu dengan berkongsi ilmu & info. Manalah tahu asbab perkongsian kebaikan ni menjadi bekalan saham untuk kehidupan di alam barzakh kelak.

HIBAH TAKAFUL – 9 Sebab Anda Perlu Ada Hibah Takaful ?

1) Hibah Takaful – Cara mudah & cepat sediakan aset tunai untuk keluarga

Jika pendapatan bulanan anda ialah RM5000, dan anda menyimpan RM1000 darinya setiap bulan. Berapa lama masa diperlukan untuk mendapatkan tunai RM500,000 ? 500 bulan kan ? Betul tak? 500,000 bahagi dengan 1000, jawapannya ialah 500. 500 bulan bersamaan dengan hampir 42 tahun.

Tetapi dengan hibah takaful, RM500,000 tadi terus tersedia dengan hanya tak sampai pun 5% dari gaji RM5000. Inilah aset tunai paling cepat cair dan cepat untuk dibina.


2) Hibah Takaful – Aset tunai yang mudah CAIR selepas kematian pencarum

Ya. Selepas kematian pencarum, semua akaun bank akan dibekukan. Kalau si waris ada kad bank dan no pin, itu lain kira. Tetapi berisiko untuk dikira memakan harta anak yatim atau hak harta orang lain. Cara yang salah. Akaun KWSP? sah-sah kena berurusan dulu dengan kaunter KWSP. Itupun kalau KWSP

tadi meletakkan nama si penerima sebagai penama. Bahkan kalau penama sekalipun, ia bukanlah harta mutlak. Nak kena bahagi tau ikut FARAID.

Semua urusan tadi akan mengambil masa. Paling cepat sekitar 1 – 3 bulan. Nak cara yang paling cepat? Hah.. Hibah Takafullah jawapannya. Kebiasaannya dalam tempoh 1 bulan saja dah boleh dapat.


3) Hibah Takaful – Terkeluar dari senarai harta FARAID dan penerima hibah adalah penerima mutlak

Ini yang dikatakan hak mutlak sebab Hibah adalah pemberian dari si mati kepada penerima sahaja. Orang lain tiada hak. Hak harta. Katakanlah jika si mati meninggalkan cuma sebuah rumah. Rumah tadi pula nilainya RM1juta. Maka ada hak oleh semua ahli waris ( ibu, ayah, anak lelaki dan anak perempuan ) ke atas rumah tersebut.

 

Nak dijadikan cerita si balu ni hubungannya tak berapa baik atau mertua tak ngam. Ohhhh.. Berebut jadinya rumah tadi. Takkan nak bahagi-bahagikan bilik air kepada orang tu, dapur kepada orang ni. Akhirnya rumah tadi akan dijual untuk melaksanakan pembahagian hak harta pusaka. Dengan hibah, anda tak perlu lagi nak berebut-rebut. Bagi saja tunai kepada mereka yang berhak untuk menggantikan hak atas rumah tadi.


4) Hibah Takaful – Modal untuk langsaikan HUTANG DUNIA

Hidup ni memang tak lari dari hutang. Tambahan yang berkerja di bandar. Hutang rumah, hutang peribadi, pinjaman bank, pinjaman kendearaan, pinjaman pendidikan, pinjaman ah long, pinjaman kad kredit dan macam-macam lagi pinjaman. Semua tadi adalah hutang dan perlu dibayar balik walaupun mati.

Persoalannya siapa akan bayar hutang si mati tadi? Memang takde orang nak tolong bayarkan pun. Melainkan jika si mati meninggalkan harta. Harta tadilah yang akan digunakan untuk melangsaikan semua hutang si mati.

Dengan hibah takaful, semua hutang tadi boleh diuruskan dengan lebih cepat tanpa membebankan semua pihak.


5) Hibah Takaful – Modal untuk langsaikan HUTANG AKHIRAT

Ada amalan-amalan yang kita kadang-kadang terlupa nak selesaikan. Contoh paling mudah ialah fidyah puasa. Puasa Ramadhan wajib. tetapi atas kealpaan ataupun keuzuran menyebabkan amalan puasa tadi tak dapat disempurnakan. Jadi, perlulah ganti.

Namun, bukan semua orang dapat ganti. Di sinilah fidyah dikenakan apabila cukup tempoh dan syaratnya. Ia hutang amalan yang boleh dibayar dengan harta. Hibah takaful akan membantu keluarga anda menguruskan hutang-hutang amalan untuk dibawa ke akhirat kelak


6) Hibah Takaful – Tanggungjawab NAFKAH tak terputus

Apabila sudah meninggal, memang hilanglah tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Tetapi itu bukan lesen besar untuk melepaskan tanggungjawab. Bagi mereka yang berfikiran jauh, menyediakan hibah takaful berupaya meninggalkan kesan besar dalam kehidupan keluarganya.

Bayangkan jika keluarga si mati ialah suri rumah sepenuh masa dan anak-anak yang masih bersekolah rendah. Bagaimana mereka ingin meneruskan kehidupan seperti mana keberadaan ayah mereka semasa hidup? Pasti berbeza bukan?

Justeru hibah takaful yang disediakan bakal mengisi kekosongan si mati ( walaupun tak sama ) sebaik mungkin terutama dalam memenuhi keperluan hidup keluarganya.


7) Hibah Takaful – Harta untuk BUKAN WARIS ( contoh : anak angkat )

Ahli waris yang sah ialah 5. Jika si mati mempunyai anak angkat, harta pusaka tidak boleh ditinggalkan kepada anak tersebut kerana dia bukanlah ahli waris yang sah dalam sistem FARAID. Justeru, meninggalkan wasiat atau hibah takaful adalah jalan paling mudah dan cepat untuk memberikan kesenangan kepada anak angkat si mati.


8) Hibah Takaful – Modal untuk bayar kos pengurusan tuntutan harta pusaka

Urusan tuntutan harta pusaka akan melibatkan mahkamah. Nak dapatkan surat kuasa. Contohnya nak tukar hakmilik rumah, hakmilik kenderaan, hak ke atas wang simpanan dalam akaun bank. Semua tu perlukan surat kuasa. Untuk dapatkan surat kuasa, perlulah melalui mahkamah.

Bagi harta nilaian bawah RM2juta, boleh terus membuat pemohonan di Pejabat Tanah daerah masing-masing. Tetapi jika ada pertikaian yang melibatkan perbicaraan mahkamah, melibatkan rayuan, semua itu akan melibatkan kos yang bukanlah sikit.

Bahkan akan lagi bertambah mahal jika melibatkan pihak AmanahRaya. Semua kos tadi tidak termasuk kos-kos tambahan lain seperti ulang alik ke pejabat-pejabat tertentu untuk mendapatkan dokumen berkaitan tuntutan harta pusaka.

Jadi, dengan hibah takaful yang bakal dapat tak sampai 1 bulan. Ahli keluarga dapat menggunakannya untuk menampung kos-kos tak terjangka semasa dalam proses menuntut harta pusaka.


9) Hibah Takaful – Modal untuk bayar bahagian hak pusaka waris lain

Ya. Seperti yang saya sebut sebelum ini. Harta seperti rumah, agak-agak macammana nak agihkan? Takkan nak belah ( bahagi ) ikut bahagian masing-masing. Nak pecahkan dengan tukul ke?  Di sini lah akan berlaku pengagihan yang akhirnya memaksa pihak waris menjual atau lansung tidak boleh dituntut akibat pertikaian.

Dengan adanya Hibah Takaful, wang pampasan takaful yang diberikan dapatlah digunakan untuk menebus bahagian hak ahli waris lain. Nilaikan bahagiannya dan bayar dengan wang hibah yang diperolehi. Selesai masalah tanpa perlu ada pertikaian yang sememangnya tak menyeronokkan. Takkan nak bermasam muka dengan keluarga mertua kan?


Kesimpulannya, bertindaklah sekarang untuk memiliki satu plan Hibah Takaful. Yang pasti manfaatnya lebih besar berbanding apa yang anda perlu keluarkan sekarang.

Untuk mendapatkan nasihat berkaitan Hibah Takaful ini, anda boleh wasap saya terus di sini

www.wasap.my/60173290328/hibahtakaful

atau menggunakan pautan pertanyaan di atas.

Jom sediakan Hibah Takaful hari ini..#hibahtakaful

Cara Tentukan Jumlah Hibah Takaful Anda Sendiri

Kebelakangan ni. Kalau anda jumpa agent takaful, mesti tak lari dari dengar perkataan HIBAH TAKAFUL ?
Betul tak?
 
Hibah Takaful ni cuma 1 kaedah pengagihan harta (apabila anda mati ) terus kepada org yg anda kehendaki tanpa perlu melalui proses faraid. Saya tak nak hujah pnjg tentang faraid atau hibah. Faraid tu sistem yg adil. Hibah ni cuma alternatif sementara.
 
 
Persoalannya.. Berapa banyak jumlah hibah tu?
1 Juta..2 Juta.. 4 Juta…10 Juta?
 
Lagi banyak juta, lagi banyak le yg anda akan bayar/carum nanti. Jangan kelam mata dengan jumlah yang anda tak perlu.
Baik.. Kebanyakan agent akan kongsikan cara melihat kepada jumlah hutang. Lain agent lain cara.
Secara asasnya, anda boleh guna 2 kaedah ni.
**********************************************************
Kaedah 1 : Hutang + Simpanan Masa Depan
**********************************************************
Apa maksudnya ?
 

Apabila anda mati..ehem ( direct je la ye ).. Hutang2 piutang anda ni perlu diselesaikan. Ada hutang yang dah ada backup plan macam MRTA ( Takaful untuk hutang rumah ). Jadi hutang macam tu tak perlu lg nak bayar. Yang menjadi masalah ialah hutang2 yang tiada insurans/takaful.
 
Contoh :
1) Personal Loan ( sebahagian ada..sebahagian tak )
2) Kereta
3) Pinjaman Pendidikan ( ptptn under skim ujrah ada takaful )
4) Card credit
5) hutang kawan-kawan
Senaraikan la ye apa-apa saja hutang yang anda tahu kalau mati, tetap perlu diselesaikan sendiri ( ahli keluarga le ).
Kemudian, simpanan masa depan.
Ini lebih kepada plan masa depan untuk anak-anak ataupun utk keperluan isteri /keluarga.
Contohnya :
1) simpanan pendidikan anak-anak
2) tabungan haji isteri/badal haji/ibu bapa
3) duit dapur isteri…ni banyak boleh list..
senaraikan semua ni dan lihat berapa jumlahnya.
Contoh ye :
Hutang (baki semasa ) :
Personal Loan – 30K
Kereta – 30K
Pinjaman Pendidikan – 10K
Card Credit – 10K
Hutang member – 5k
Simpanan (planning )
Anak-anak – 100K
Tabungan haji – 30K
Duit dapur isteri – 50K
Total : RM265K – Kita bundarkan kepada yg terdekat RM250K
Haaaaa….Itu le jumlah yang anda perlu buat masa sekarang. Buat apa nak ambil sampai 1 juta. Fokus pada keperluan & kemampuan.
Ok..kaedah kedua plak?
 
*********************************************
Kaedah 2 : Komitmen Bulanan/ Gaji
*********************************************
Kaedah kedua ni lebih kepada menjadikan hibah takaful anda sebagai pengganti pendapatan. Boleh faham tak?

Senang faham..Bila anda mati, income bulanan anda masih berjalan seperti biasa
FYI , kalau gaji ada caruman perkeso. Waris anda ada chance untuk terima elaun bulanan (pencen penakat ). Berapa tu kena check dulu. Tapi ikut pengalaman saya dlm 1/2 gaji terakhir simati. Bagi yg kerja gomen, insyaAllah pencen ada kan?
Berbalik kepada kaedah komitmen bulanan/Gaji ni. Anda akan tentukan dulu berapa jumlah komiten bulanan yg diperlukan waris untuk kos sara hidup . Cara paling mudah ialah gunakan jumlah gaji je.
Contoh :
Jumlah gaji sebulan = RM4000
Jumlah gaji setahun = RM48,000 ~ genapkan je RM50K
Bagaimana nak pastikan waris anda dapat 4000/bulan atau 50K/setahun?
Caranya ialah dengan pelaburan.
Untuk dapatkan RM50K/tahun melalui simpanan TABUNG HAJI dengan kadar dividen 5% setahun, anda perlukan hibah takaful bernilai RM1Juta.
Cara kiraan. RM50K dibahagikan dengan kadar dividen 5%. Dapatlah jumlah RM1Juta.
Jadi. Kalau ikut kaedah 1, caruman anda pasti lebih rendah berbanding kaedah 2. Sila pastikan komitmen takaful tadi takde le membebankan. Cadangan sekitar 10%. Kalau boleh meet keperluan anda bawah 10%, lagi ok.
Kesimpulannya..Mana-mana kaedah pun tak kisah sangat. Yang paling penting, anda tahu KENAPA ANDA PERLUKAN jumlah Hibah TAKAFUL tersebut. Jangan sebab terpengaruh dengan pujuk rayu ejen. Ikutkan kami, 100 juta pun tak cukup..Hehehe (gurau je ).
Dah tau ni, jangan la simpan sorang. Share dengan kawan-kawan yang lain. Sama-sama beroleh kebaikan
Ps : dah boleh kira sendiri ni, usah le bertangguh lagi. cepat2 sediakan plan backup. Tarikh lahir memang tertera kat IC, tapi tarikh mati ni xde. tak tau bila.
Pss : Malas nak kira? Pening? Takut dgn nombor? pm atau whatsapp saya untuk bantuan www.wasap.my/60173293028