Cara Tentukan Jumlah Hibah Takaful Anda Sendiri

Kebelakangan ni. Kalau anda jumpa agent takaful, mesti tak lari dari dengar perkataan HIBAH TAKAFUL ?

Betul tak?

Hibah Takaful ni cuma 1 kaedah pengagihan harta (apabila anda mati ) terus kepada org yg anda kehendaki tanpa perlu melalui proses faraid. Saya tak nak hujah pnjg tentang faraid atau hibah. Faraid tu sistem yg adil. Hibah ni cuma alternatif sementara.

Persoalannya.. Berapa banyak jumlah hibah tu?

1 Juta..2 Juta.. 4 Juta…10 Juta?

Lagi banyak juta, lagi banyak le yg anda akan bayar/carum nanti. Jangan kelam mata dengan jumlah yang anda tak perlu.

Baik.. Kebanyakan agent akan kongsikan cara melihat kepada jumlah hutang. Lain agent lain cara.

Secara asasnya, anda boleh guna 2 kaedah ni.

**********************************************************
Kaedah 1 : Hutang + Simpanan Masa Depan
**********************************************************
Apa maksudnya ?

Apabila anda mati..ehem ( direct je la ye ).. Hutang2 piutang anda ni perlu diselesaikan . Ada hutang yang dah ada backup plan macam MRTA ( Takaful untuk hutang rumah ). Jadi hutang macam tu tak perlu lg nak bayar. Yang menjadi masalah ialah hutang2 yang tiada insurans/takaful.

Contoh :
1) Personal Loan ( sebahagian ada..sebahagian tak )
2) Kereta
3) Pinjaman Pendidikan ( ptptn under skim ujrah ada takaful )
4) Card credit
5) hutang kawan-kawan

Senaraikan la ye apa-apa saja hutang yang anda tahu kalau mati, tetap perlu diselesaikan sendiri ( ahli keluarga le ).Kemudian, simpanan masa depan. Ini lebih kepada plan masa depan untuk anak-anak ataupun utk keperluan isteri /keluarga.

Contohnya :

1) simpanan pendidikan anak-anak
2) tabungan haji isteri/badal haji/ibu bapa
3) duit dapur isteri…ni banyak boleh list..

senaraikan semua ni dan lihat berapa jumlahnya.

Contoh ye :
Hutang (baki semasa ) :
Personal Loan – 30K
Kereta – 30K
Pinjaman Pendidikan – 10K
Card Credit – 10K
Hutang member – 5k
Simpanan (planning )
Anak-anak – 100K
Tabungan haji – 30K
Duit dapur isteri – 50K
Total : RM265K – Kita bundarkan kepada yg terdekat RM250K

Haaaaa….Itu le jumlah yang anda perlu buat masa sekarang. Buat apa nak ambil sampai 1 juta. Fokus pada keperluan & kemampuan.

Ok..kaedah kedua plak?

*********************************************
Kaedah 2 : Komitmen Bulanan/ Gaji
*********************************************
Kaedah kedua ni lebih kepada menjadikan hibah takaful anda sebagai pengganti pendapatan. Boleh faham tak?

Senang faham..Bila anda mati, income bulanan anda masih berjalan seperti biasa

FYI , kalau gaji ada caruman perkeso. Waris anda ada chance untuk terima elaun bulanan (pencen penakat ). Berapa tu kena check dulu. Tapi ikut pengalaman saya dlm 1/2 gaji terakhir simati. Bagi yg kerja gomen, insyaAllah pencen ada kan?

Berbalik kepada kaedah komitmen bulanan/Gaji ni. Anda akan tentukan dulu berapa jumlah komiten bulanan yg diperlukan waris untuk kos sara hidup . Cara paling mudah ialah gunakan jumlah gaji je.

Contoh :
Jumlah gaji sebulan = RM4000
Jumlah gaji setahun = RM48,000 ~ genapkan je RM50K

Bagaimana nak pastikan waris anda dapat 4000/bulan atau 50K/setahun?

Caranya ialah dengan pelaburan.

Untuk dapatkan RM50K/tahun melalui simpanan TABUNG HAJI dengan kadar dividen 5% setahun, anda perlukan hibah takaful bernilai RM1Juta.

Cara kiraan. RM50K dibahagikan dengan kadar dividen 5%. Dapatlah jumlah RM1Juta. Jadi. Kalau ikut kaedah 1, caruman anda pasti lebih rendah berbanding kaedah 2. Sila pastikan komitmen takaful tadi takde le membebankan. Cadangan sekitar 10%. Kalau boleh meet keperluan anda bawah 10%, lagi ok.

Kesimpulannya..Mana-mana kaedah pun tak kisah sangat. Yang paling penting, anda tahu KENAPA ANDA PERLUKAN jumlah Hibah TAKAFUL tersebut. Jangan sebab terpengaruh dengan pujuk rayu ejen. Ikutkan kami, 100 juta pun tak cukup..Hehehe (gurau je ).

Dah tau ni, jangan la simpan sorang. Share dengan kawan-kawan yang lain. Sama-sama beroleh kebaikan

Ps : dah boleh kira sendiri ni, usah le bertangguh lagi. cepat2 sediakan plan backup. Tarikh lahir memang tertera kat IC, tapi tarikh mati ni xde. tak tau bila.

Pss : Malas nak kira? Pening? Takut dgn nombor? pm atau whatsapp saya untuk bantuan www.wasap.my/60173293028

Fungsi Penama Dalam Insurans & Takaful

Apabila anda menyertai takaful atau membeli polisi insurans, anda pasti akan diminta untuk menyenaraikan penama dalam borang permohonan. Anda tahu kenapa ? Penamaan tersebut akan memudahkan urusan harta pusaka apabila anda meninggal kelak. Perkara ini memang sangat penting bagi mengelakkan urusan tuntutan yang lebih susah. Betul, tak percaya ? Memang susah nak tuntut harta pusaka apabila tiada penama. Banyak pihak ( ibu bapa, anak-anak, isteri, adik beradik ) akan membuat tuntutan hak ke atas harta tersebut. Kebanyakan kes-kes bagi harta yang tidak diuruskan ini akan terbeku ( tidak produktif ) begitu sahaja.

Pernah tak anda terdengar kes-kes harta pusaka yang tak dinamakan pewarisnya? Saya begitu yakin urusan menuntut harta pusaka ini banyak memberi kesan lansung ke atas hubungan silaturrahim sedia ada.

Baiklah. Kita tinggalkan dulu masalah-masalah yang telah terjadi di luar sana yang berkaitan dengan harta pusaka. Tujuan saya menulis artikel kali ini ialah untuk berkongsi tentang fungsi penama yang ada dalam borang permohonan takaful anda. Oh ya, saya tidak akan sentuh tentang penama dalam borang permohonan INSURANS konvensional. Konsep insurans konvensional adalah bertentangan syara’ dan hartanya tentulah tidak mematuhi syara’. Sebab itu saya tak akan sentuh penerangan berkaitannya.

Berbalik kepada fungsi penama dalam borang permohonan takaful. Sekiranya peserta adalah bukan muslim, penama yang dinamakan mempunyai hak mutlak ke atas harta tersebut. Sedangkan peserta yang muslim pula, penama yang dinyatakan hanyalah bertindak sebagai PENJAGA AMANAH yang mesti membahagikan semua wang pampasan tersebut mengikut sistem faraid dan lain-lain hak harta yang ada. Dengan itu, urusan menuntut harta pusaka akan menjadi lebih mudah dan tidak perlu mengambil masa yang lebih lama.

Terkini, saya difahamkan di bawah akta “Islamic Financial Services Act 2013” yang baru diperkenalkan. Semua penama yang disenaraikan mempunyai hak mutlak ke atas wang pampasan takaful. Jadi, apa kesannya ?

Mari kita lihat bersama melalui contoh di bawah.

En NajibRazak ( bukan nama sebenar ) telah menyertai 1 skim takaful. Beliau menamakan ayahnya, En Anwar sebagai penama. Setelah berkahwin dengan Rosmah, beliau dikurniakan 2 orang anak. Mungkin sudah sampai ajalnya, beliau meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Oleh kerana en NajibRazak telah menyertai skim takaful, penyerahan cek bernilai RM1 juta telah disampaikan kepada ayahnya.

Mengikut akta takaful 1983, en Anwar ( ayah ) semestinya membuat pembahagian harta mengikut faraid. Namun, ia berbeza apabila perlaksanaan akta baru di bawah Islamic Financial Services Act 2013. En Anwar mempunyai hak mutlak ke atas harta tersebut. Jadi Rosmah ( isteri ) dan anak-anak arwah tidak dapat mencabar en Anwar di mahkamah. En Anwar mungkin kurang faham dengan kaedah pembahagian harta pusaka mengikut Islam. Jadi beliau tersalah anggap dengan menyangka wang tersebut adalah harta miliknya dan menggunakannya.

Kedengaran kurang menyenangkan bukan ? Dalam Islam, en Anwar boleh dianggap telah memakan harta anak -anak yatim dan sudah tentu berdosa besar. Beliau sebenarnya tidak tahu tentang hal faraid dan kaedah pewarisan harta dalam islam. Kesian kat dia.

Jadi apakah penyelesaiannya ?

Walaupun berbeza akta, anda yang memiliki sijil takaful mesti memberi kefahaman kepada penama terlebih dahulu. Sebaiknya ketika anda telah diberikan polisi takaful. Khabarkan. Bagi penerangan kepada penama ( yang paling anda percaya ) tentang sijil takaful tersebut. Mereka berhak tahu supaya tidak berlaku salah faham. Sebenarnya penama hanya bertindak sebagai penjaga amanah sahaja. Kalau perlukan ‘hitam putih’, sediakan. Sebab itu pentingnya wasiat. Wang pampasan tersebut boleh diagihkan mengikut persetujuan bersama ahli waris. Harus diingatkan, harta pusaka tidak boleh diagihkan melainkan setelah menunaikan hak perbelanjaan pengebumian, hak hutang dan hak harta sepencarian terlebih dahulu. Kemudian jika ada wasiat ( hanya 1/3 dari harta pusaka dan diberikan kepada ahli bukan waris ), tunaikan. Selebihnya iaitu 2/3 baru boleh diagihkan mengikut persetujuan bersama ahli waris. Jika ada mana-mana ahli waris yang tidak bersetuju, barulah kaedah faraid digunakan. Itulah indahnya sistem pengurusan harta dalam islam.

Ps : Ada pengendali takaful yang menggunakan konsep hibah umra’ & ruqba dalam pengendalian sijil takaful. InsyaAllah, ada masa kelak saya akan huraikan lebih lanjut.