4 Tips Membeli KIJANG EMAS ( Syiling Emas Malaysia )

Untuk sesiapa yang sedang berfikir ingin membeli KIJANG EMAS ( syiling emas keluaran Malaysia ), naim ingin kongsikan 4 perkara yang selalu naim fikirkan sebelum membuat keputusan membeli syiling emas Kijang Emas.

Untuk pengetahuan semua, Kijang Emas ialah syiling emas yang dikeluarkan oleh Royal Mint of Malaysia. Bermula pada tahun 2001, syiling ini dikeluarkan dalam 3 saiz, iaitu 1 oz ( Nilai Muka RM200 ), 1/2 oz ( Nilai Muka RM100 ) dan 1/4 oz ( Nilai Muka RM50). Kijang emas ialah syiling yang cantik dan berharga. Naim memang sangat menggemari syiling emas ini. Gambar depan syiling kijang emas ini ialah gambar seekor kijang. Di muka sebaliknya pula ialah gambar bunga raya ( lambang bunga kebangsaan ).

Malaysia adalah negara ke 12 yang mengeluarkan syiling emas sendiri. Kijang emas ini adalah keluaran terhad dan diedarkan hanya oleh Maybank sahaja. Berkenaan ketulenan emas, syiling kijang emas mengandungi 999.9% ketulenan asli emas. Naim pernah membeli kijang emas bersaiz 1oz ( saiz yang paling besar ) dan kijang emas bersaiz 1/4 oz ( saiz terkecil ). OZ ialah singkatan bagi ounce dan dalam ukuran gram ialah 1 oz = 31.105 gram.

1 Troy OZ

Nilai Muka:RM200

Ketulenan Emas :99.99%
Berat Normal :31.105g
Ukurlilit :37.00mm

 

1/2 [Read more…]

Kisah Pajak Gadai Kijang Emas di Bank Rakyat

Dah lama terniat nak mencatit serba sedikit tentang hal gadaian kijang emas ni. Cuma sifat malas dan terkekang oleh masa yang sendiri terhadkan. Itu yang jadi lambat nak diarikan hal ini.

Sebelum ni, ana pernah gadai emas. Gadaian tu pada bulan 7 lepas di Bank Rakyat Jalan Tangsi. Artikel tentang 1st time jadi penggadai boleh dibaca dari artikel ini “Kisah Gadai Emas Di Bank Rakyat”. Gadaian kali ini adalah gadaian kali kedua le. Itupun setelah ana tebus emas yang ana gadai kali pertama.pajak gadai islam

Kali ini, ana tak gadai emas bar ( gold wafer ) PG ( Public Gold ) sebab pihak Bank Rakyat tak terima buat sementara waktu sebarang emas bar untuk pajakan. Alasannya sebab pihak BNM sedang menyiasat kes pajak gadai yang melibatkan gold wafer/bar dengan beberapa skim pelaburan cepat kaya. Itu yang leceh tu. Sekarang, memang semua cawangan Bank Rakyat tidak lagi menerima gadaian emas bar. Solusi terbaik ialah terpaksa cari tempat gadai lain le .

Fakta :
Bank Rakyat untuk tempoh sementara waktu tidak menerima sebarang gadaian dalam bentuk emas bar/wafer. Hanya barang kemas sahaja.

Dari apa yang ana bualkan dengan pegawai bank tersebut, pihak bank masih boleh menerima gadaian Kijang Emas hanya jika syiling tersebut mempunyai resit pembelian dari pihak Maybank. [Read more…]

Kisah Tebus Emas & Teori Untung Rugi Gadaian

Sebelum ni, ana pernah menulis 1 artikel tentang kisah pajak emas dan teori untung rugi dalam teknik gadaian tersebut.
Fakta Gadaian :

  1. Gadai emas bar PG 70 gram di Bank Rakyat
  2. Nilai marhun ialah RM8198.61
  3. Nilai pinjaman ialah RM5320
  4. Kos simpan ialah RM371.97 selama 6 bulan ( RM62/sebulan )
  5. Gadaian untuk tempoh masa selama 6 bulan

Hari selasa lepas (3/11/09), ana pergi tebus semula emas dari Bank Rakyat.Emas tu ana gadai pada 13/7/09 ( hari isnin ). Tempoh masa dari gadaian dan penebusan semula lebih kurang 3 bulan 16 hari.
Fakta Tebus Semula :

  1. tebus dalam masa 3 bulan lebih
  2. Kos simpanan ialah RM228.
  3. Harga emas bank rakyat pada masa tersebut ialah RM137/gram untuk emas 999

Mujur ada duit lebih sikit. Itu yang pergi tebus semula. Cuma terkilan sedikit, sebab apa yang ana kira dan andaikan agak meleset. Caj dikira berdasarkan hari ( andaian ana ) sebab kiraan RM62/bulan tak dikira dalam kes ini. Aiyoooo…Jadi ana terpaksa tebus semula dengan RM5548. emas bar PG
Berdasarkan teori gadai emas yang ana tulis dulu, sebenarnya boleh pakai walaupun kurang tepat..Hehehe.. Memang untung dah sebenarnya. Setelah dibuat kiraan, ana telah berjaya jual emas 70 gram tersebut pada harga RM124.30/gram. Harga ketika gadai ialah RM117/gram. Emas tersebut ana beli pada harga RM111.70 /gram.

Fakta Jual Beli :

  1. beli pada bulan 5 ( [Read more…]

Jual Beli Kijang Emas Yang Menguntungkan

Jumaat lepas, beli 1 keping Kijang Emas dari en Ajun ( rujuk catatan lepas ). Harga belian time tu ialah RM 3610 untuk 1 Oz kijang emas. Kalau beli kat Maybank waktu tu, harga jualan ialah RM 3702 ( lock harga pada 10/10 ). Jauh jugak beza tu. Ana ingat salah satu nasihat Rich Dad Robert Kiyosaki ialah “you make profit when you’re buying, not selling”..Lebih kurang macam tu jugak le bunyinya.

Semalam harga kijang emas naik semula setelah jatuh kepada RM 3677/oz… Kecut perut jugak le. Risau rugi. Main emas memang le untung jangka masa panjang. Cuma ia tak berbaloi dengan keperluan dan masa seseorang. Sebagai contoh, jika ana PERLU duit tu untuk sesuatu perkara yang ana fikir perlu, pelaburan JANGKAMASA PANJANG emas ni takkan berbaloi berbanding apa yang terpaksa dikorbankan. Memang kena banyak bersabar le kalau nak melabur emas ni..hehehe.

Date 1 oz 1/2 oz 1/4 oz
Selling Buying Selling Buying Selling Buying
1/10/2009 3,622 3,406 1,846 1,703 940 851
2/10/2009 3,620 3,404 1,845 1,702 940 851
5/10/2009 3,619 3,403 1,844 1,701 940 851
6/10/2009 3,647 3,429 1,859 1,715 947 857
7/10/2009 3,705 3,484 1,888 1,742 962 871
8/10/2009 3,718 3,495 1,895 1,748 965 874
9/10/2009 3,702 3,480 1,886 1,740 961 870
12/10/2009 3,721 3,498 1,896 1,749 966 875
13/10/2009 3,722 3,501 1,897 1,751 966 875
14/10/2009 3,748 3,525 1,910 1,763 973 881
15/10/2009 3,718 3,496 1,895 1,748 965 874
16/10/2009 3,677 3,457 1,874 1,729 955 864
19/10/2009 3,702 3,482 1,887 1,741 961 870
20/10/2009 3,725 3,503 1,899 1,751 967 876
21/10/2009 3,715 3,495 1,893 1,748 965 874

So semalam tanpa sedikit kesabaran, plus , keghairahan mencari untung, ana terus advertise di JutawanEmas untuk menjual emas kijang tu dengan harga yang munasabah. Ana jual pada harga RM 3710/oz. Untung RM 100 dalam masa 4 hari. Mujur ada buyer segera..Keh keh…Cepat sungguh tokey2 emas kat JE tu. Siap buyer tu nak beli lagi 1 kijang emas. [Read more…]

Kijang Emas & Jual Beli Emas PublicGold

Macam yang di “plan” semalam, Alhamdulillah berjaya juga ana menjual sebahagian emas dalam simpanan sendiri. Pembeli ialah seorang cikgu dari Pontian, Johor. Ana jual emas ketul ( Gold Bar ) Public Gold 20 gram dan 3 keping 1 dinar emas pada harga keseluruhan RM3956 sahaja. Transaksi berjaya walaupun ada la skit-skit masalah teknikal tadi..Hehe…

Cuma yang lebih best lagi, ana dapat sms dari en Ajun. Dia nak jual kijang emas 1 Oz. Tempoh hari dah buat deal dengan dia, harga pun baik jugak le. RM3610 sahaja. Kebetulan tadi, kawan en Ajun ni ,En halim yang datang untuk delivery. So memudahkan kerja ana la. Sebelum solat jumaat, risau gak sebab 2 transaksi ni akan berjalan serentak. Ana akan jual emas ana tu dulu pada Cikgu Azrul, kemudian duit tadi akan ana gunakan untuk belian Kijang emas 1OZ. Hampir 30-45 minit jugak le masa transaksi tu. Ye le…Sorang dari Pontian, sorang dari Damansara, ni sorang ni takde duit kat tangan. Itu yang berserabut sikit.hehehe…

Kesimpulannya, syukur sebab selain dapat untung ringgit2, dapat tambah kenalan. Cikgu Azrul ni orangnya penuh semangat. Cara cakap tu memang “excited” dengan jual beli emas. Memang chance untuk dia terus maju dengan Gold ni lebih cerah. Dulu ana jumpa Pokli macam [Read more…]