Saya pernah belajar tentang subjek takaful di Universiti satu masa dulu. Takde le lama sangat. Masih ingat lagi. Cuma hari ni teringing saya menulis sedikit tentang konsep takaful dan prinsip kewangan yang mudah digunakan dalam bidang ini. InsyaAllah ia hanyalah artikel ringkas sahaja. Bukan jurnal atau sebagainya. Hohoho..
Anda sudah miliki satu sijil takaful? Belum atau sudah, mudah-mudahan artikel ini membantu kita semua memahami bagaimana takaful beroperasi dari sudut ekonomi dalam Islam.
Prinsip yang digunakan boleh dilihat di dalam gambarajah di bawah.
Saya huraikan serba sedikit konsep-konsep yang mudah di fahami .
Konsep Takaful : Konsep tolong menolong di mana orang ramai yang bernasib baik menyertai satu skim dimana akan membantu mana-mana peserta yang ditimpa musibah.
Konsep Tabarru’ : Caruman yang dilakukan berkonsep derma dan ini dipanggil tabarru’.
Konsep Mudharabah : Melalui konsep ini, pengendali takaful bertindak sebagai usahawan dan peserta pula sebagai penyedia dana. Dana yang disediakan akan diuruskan usahawan. Keuntungan akan diagihkan manakala kerugian pula akan ditanggung oleh para peserta. Untuk melindungi kepentingan peserta, pengendali takaful dikehendaki untuk mematuhi dan menjalankan urusan secara telus.
Konsep Qard Al Hassan : Ini konsep pinjaman tanpa bunga. Dalam takaful, sekiranya tabung dana peserta defisit ( terlebih tuntutan ), pengendali takaful akan menyediakan dana tambahan secara pinjaman
tanpa bunga.
Konsep Wakalah : Pihak pengendali takaful bertindak sebagai wakil yang akan menguruskan dana takaful.
Selamat beramal.
ps: Miliki sijil takaful anda hari ini dengan khidmat nasihat percuma dari saya. Quotation percuma disediakan di sebelah.
Recent Comments