Prestasi Februari 2010

Photobucket

Semalam naim main sorang-sorang game Cashflow 101 gameboard tu. Lebih kurang jam 12.30 tgh malam. Hoho..macam orang gila pun ada. Saja-saja nak main sebab dah lama tak main game ni sejak 4 tahun yang lalu. Rupa-rupanya banyak yang naim dah tinggal dan terlupa. Alhamdulillah dapat buat sedikit revision. Naim main sehingga jam 3 pagi. Apa yang naim dapat semasa main semalam, naim perlukan 19 kali gaji bulanan untuk menamatkan pusingan dalam perangkap Rat Race. Maksudnya naim berjaya bina pendapatan pasif lebih besar dari perbelanjaan bulanan hanya setelah 19 bulan berlalu. Kalau dalam ‘Real Life” . 19 kali paycheck bersamaan lebih kurang 19 bulan. Gaji yang naim terima semasa dalam permainan ialah RM2000 dan perbelanjaan bulanan lebih kurang RM1320. Sepanjang permainan tu, naim lebih fokus pada kad ‘opportunity’ Small Deal je. Ye la, gaji sikit.

Apa yang naim dapat simpulkan ( pelajari ) dari permainan semalam :

  • naim lebih banyak ambil langkah waspada. Oleh sebab gaji RM2k, dan paycheck sebanyak RM720 ( Active Income- Total Expenses ), naim lebih kepada ‘Small Deal” dan kurang mengambil risiko.
  • hanya 1 rumah saja yang naim beli. Mujur dengan rumah tersebut lah, naim berjaya kumpul cash dan akhirnya dapat peluang untuk beli opportunity dari Big Deal card sekaligus berjaya [Read more…]