4 Tips Membeli KIJANG EMAS ( Syiling Emas Malaysia )

Untuk sesiapa yang sedang berfikir ingin membeli KIJANG EMAS ( syiling emas keluaran Malaysia ), naim ingin kongsikan 4 perkara yang selalu naim fikirkan sebelum membuat keputusan membeli syiling emas Kijang Emas.

Untuk pengetahuan semua, Kijang Emas ialah syiling emas yang dikeluarkan oleh Royal Mint of Malaysia. Bermula pada tahun 2001, syiling ini dikeluarkan dalam 3 saiz, iaitu 1 oz ( Nilai Muka RM200 ), 1/2 oz ( Nilai Muka RM100 ) dan 1/4 oz ( Nilai Muka RM50). Kijang emas ialah syiling yang cantik dan berharga. Naim memang sangat menggemari syiling emas ini. Gambar depan syiling kijang emas ini ialah gambar seekor kijang. Di muka sebaliknya pula ialah gambar bunga raya ( lambang bunga kebangsaan ).

Malaysia adalah negara ke 12 yang mengeluarkan syiling emas sendiri. Kijang emas ini adalah keluaran terhad dan diedarkan hanya oleh Maybank sahaja. Berkenaan ketulenan emas, syiling kijang emas mengandungi 999.9% ketulenan asli emas. Naim pernah membeli kijang emas bersaiz 1oz ( saiz yang paling besar ) dan kijang emas bersaiz 1/4 oz ( saiz terkecil ). OZ ialah singkatan bagi ounce dan dalam ukuran gram ialah 1 oz = 31.105 gram.

1 Troy OZ

Nilai Muka:RM200

Ketulenan Emas :99.99%
Berat Normal :31.105g
Ukurlilit :37.00mm

 

1/2 [Read more…]