Lesen L Untuk B/B2

Hujung minggu yang meletihkan tapi seronok. Hehe.. Hari ni seperti yang di”rancang”kan, selesai 1 perkara penting yang sepatutnye ana setelkan 2 tahun lalu. Apa tu? Ohoho..lesen untuk motor le. Hampir selama 2 tahun menunggang tanpa lesen motor ( lesen keta polis tak kira..alahai ). So, hari ni bengkel untuk mendapat lesen L dah setel.

Metro Driving Kg Melayu SubangAna cuma tambah kelas lesen je. Sebab sebelum ni dah ada lesen kereta dah. Dah competent ( chewwaaaahh..walhal keras jugak tangan bila pegang stereng keta ni ). Almaklum le takde keta. So, kuliah 3 jam tadi takde apa yang baru sangat. Attend kelas tu kat kampung melayu subang. Dekat pulak dengan rumah paklong lan ( rumah sewa ). Instructor datang amek jam 8.40 pagi. Nama dia Abg Din..Kira ok le abg ni. Takde le boring sangat nak menyembang tadi. Selepas kelas 3 jam tadah telinga, baru turun litar untuk test -test je le. Tak de le susah sangat cuma motor ni cerewet skit dari kereta. Kalau kereta , atas litar cuma 3 je benda kena buat. Naik bukit, masuk parking dan buat pusingan yang macam u tu. Motor ni leceh..Nak kena buat pusingan 8 le, naik jambatan le, pusing-pusing kon tu satu hal, nak brek kecemasan ( hehehe…ni [Read more…]