VIDEO : Kenapa Silver ?

Naim fikir ini video yang baik untuk dikongsi bersama. Naim sependapat dengan Robert Kiyosaki. Di dalam video ini, beliau nyatakan kenapa perlu masyarakat menyimpan silver berbanding wang kertas ( fiat money ).

Naim gariskan di sini serba sedikit fakta yang mesti diketahui .

  • Harga silver lebih murah berbanding komoditi lain. 1 oz silver berharga USD$15-USD$17 sahaja.
  • Nisbah silver emas sekarang ialah 1 oz emas = 70 oz silver. Dulu, nisbah nya ialah 1oz emas = 15oz silver.
  • Silver ialah komoditi industri. Digunakan meluas dalam sektor pembuatan berbanding emas.
  • Galian silver akan berkurang dari tahun ke tahun. Sama seperti emas. Kurang nya penawaran akan meningkatkan harga sesuatu barang.
  • Situasi matawang dollar yang tidak stabil. Bila-bila masa boleh mewujudkan kegawatan ekonomi baru.

Secara kesimpulannya, Robert Kiyosaki sangat menyarankan kepada masyarakat untuk memilih silver sebagai 1 lagi pelaburan alternatif. Naim masih ingat salah satu prinsip Robert iaitu, “anda membuat keuntungan bukan pada waktu menjual, tetapi ketika anda membeli aset tersebut “..

Membeli Silver 240 Gram Yang Pertama

Hari ni ana akan bergerak ke rumah hanafi ( sahabat lama ). Jauh tu takde le sangata jaraknya. Cuma sekarang ni petang nye selalu hujan. So ni sedang menulis catatan di bawah jambatan sementara menunggu hujan reda. 🙂

Semalam ana dah pergi ambil silver coin dan bar yang dibeli beberapa hari lepas. Cantik silver coin tu. Itu silver coin canada “maple leaf” dan beberapa ketul silver bar lain. Semuanya berjumlah kira- kira 240 gram lebih. Ana beli silver 1oz berjumlah 8 ketul semuanya.

Ini gambar silver tu.

Harga silver lebih murah berbanding emas. Ketika keadaan ekonomi yang sedang dipulihkan, kemerosotan nilai matawang dollar, permintaan terhadap komoditi seperti emas dan silver ni meningkat. Baru- baru ni, bank pusat india telah membeli 200 tan emas jongkong dari IMF. Apa lagi harga emas mencanak naik le. Nak beli emas sekarang ni memang kurang berkemampuan. Apatah lagi emas tu emas fizikal. Untuk membeli emas ni, sebaik-baiknya emas bar 1 oz. Masalahnya harga emas 1 oz ni dah mencecah rm4000 seketul. Hohoho. Memang mahal le.

Jadi apa yang ana buat sekarang ialah meyimpan secara berdikit -dikit emas ni mengikut kemampuan. Sedangkan silver plak, harga nya takde le mahal sangat. Sungguhpun di malaysia belum ada pasaran, silver mempunyai potensi [Read more…]