Naim fikir ini video yang baik untuk dikongsi bersama. Naim sependapat dengan Robert Kiyosaki. Di dalam video ini, beliau nyatakan kenapa perlu masyarakat menyimpan silver berbanding wang kertas ( fiat money ).
Naim gariskan di sini serba sedikit fakta yang mesti diketahui .
- Harga silver lebih murah berbanding komoditi lain. 1 oz silver berharga USD$15-USD$17 sahaja.
- Nisbah silver emas sekarang ialah 1 oz emas = 70 oz silver. Dulu, nisbah nya ialah 1oz emas = 15oz silver.
- Silver ialah komoditi industri. Digunakan meluas dalam sektor pembuatan berbanding emas.
- Galian silver akan berkurang dari tahun ke tahun. Sama seperti emas. Kurang nya penawaran akan meningkatkan harga sesuatu barang.
- Situasi matawang dollar yang tidak stabil. Bila-bila masa boleh mewujudkan kegawatan ekonomi baru.
Secara kesimpulannya, Robert Kiyosaki sangat menyarankan kepada masyarakat untuk memilih silver sebagai 1 lagi pelaburan alternatif. Naim masih ingat salah satu prinsip Robert iaitu, “anda membuat keuntungan bukan pada waktu menjual, tetapi ketika anda membeli aset tersebut “..
Recent Comments