Lagi 10 oz Silver Towne Baru Sampai

SilverTowne 1 0z x 10 keping bar yang baru sampai.

10 Keping SilverTowne 1oz

Hehe…Tak tau nak tulis apa sebab dah terlupa nak kemaskini di blog peribadi ni hampir 10 hari. Bukan sengaja terlupa, tapi terpaksa terlupa 🙂 . Ini adalah minggu yang penuh dengan aktiviti. Yaa…Alhamdulillah, banyak yang naim ingin catitkan tapi tak sempat dek keletihan dan kerja-kerja kecil yang sedang diusahakan. Sepanjang minggu ini berlalu, ada sesuatu yang patut naim pelajari dan praktiskan.

Erm…naim tak nak tulis panjang-panjang untuk post yang kesekian kalinya. Nak buat kerja lain pula. Apapun, SilverTowne yang naim tunjukkan ni naim nak jual kepada sesiapa yang berminat. Tentang harga, naim boleh bagi special price. Jika ada sesiapa yang berminat, boleh hubungi naim untuk dapatkannya pada harga serendah RM80… Nak diskaun, sms le naim..hehe…InsyaAllah boleh 🙂 … Ini adalah cara paling mudah untuk sesiapa menyertai pelaburan silver.

VIDEO : Kenapa Silver ?

Naim fikir ini video yang baik untuk dikongsi bersama. Naim sependapat dengan Robert Kiyosaki. Di dalam video ini, beliau nyatakan kenapa perlu masyarakat menyimpan silver berbanding wang kertas ( fiat money ).

Naim gariskan di sini serba sedikit fakta yang mesti diketahui .

  • Harga silver lebih murah berbanding komoditi lain. 1 oz silver berharga USD$15-USD$17 sahaja.
  • Nisbah silver emas sekarang ialah 1 oz emas = 70 oz silver. Dulu, nisbah nya ialah 1oz emas = 15oz silver.
  • Silver ialah komoditi industri. Digunakan meluas dalam sektor pembuatan berbanding emas.
  • Galian silver akan berkurang dari tahun ke tahun. Sama seperti emas. Kurang nya penawaran akan meningkatkan harga sesuatu barang.
  • Situasi matawang dollar yang tidak stabil. Bila-bila masa boleh mewujudkan kegawatan ekonomi baru.

Secara kesimpulannya, Robert Kiyosaki sangat menyarankan kepada masyarakat untuk memilih silver sebagai 1 lagi pelaburan alternatif. Naim masih ingat salah satu prinsip Robert iaitu, “anda membuat keuntungan bukan pada waktu menjual, tetapi ketika anda membeli aset tersebut “..