Beli & Borong Barang Dari China – Pinduoduo & 1688.com

Dah lama saya tak menulis rasanya. Hampir 2 bulan.

Dalam penulisan kali ini saya nak berkongsi tentang cara yang lebih mudah untuk memborong dari China dengan harga yang lebih murah. Semua orang sudah biasa membeli barang dari Shopee dan Lazada. Tetapi tahukah anda juga boleh membeli dengan harga yang lebih murah dari Shopee ( seller china ) jika kena dan tahu caranya. Tak semua lah..tapi boleh kata murah.

Ini satu barang mainan yang saya beli dari China. Mainan “Hulk Gladiator”.

hulk gladiator

Harga yang paling murah ialah RM27. Termasuk shipping. Jika anda ingin membeli untuk kegunaan sendiri, ini mungkin pilihan terbaik. Cuma perlu menunggu 7 hari untuk terima barang. Lain-lain seller menjual pada harga antara RM40-RM70.

Local Seller ( Peniaga Tempatan ) menjual pada harga RM45. Pastinya sangat sesuai untuk pembeli yang ingin membeli dengan penghantaran segera.

Jika saya sebagai pembeli dan tak kisah pun bila sampai, saya akan membeli pada seller China yang menjualnya pada harga RM27. Tetapi jika saya ingin segera, saya akan membeli dari seller tempatan kerana mainan boleh sampai esok atau lusa. Lebih cepat.

Betul tak?

Baik… Dalam artikel ini saya akan tunjukkan bagaimana anda juga boleh mendapatkan harga seperti seller china dan menjual kembali pada harga local seller. Bolehlah untung sekitar 60% .

Mainan ini saya beli dari PINDUODUO. Harganya ialah 39.6 yuan. Bersamaan RM25.18 sahaja. Nampak tak? Harga lebih murah dari seller china tadi kan?

Mari kita check di web borong yang satu lagi iaitu 1688.com.

Lagi murah kan? dari 22 -25 yuan. Bersamaan RM12-16. Fuuhh memang murah sungguh. Cuma pembelian di 1688.com ni ada syaratnya iaitu mesti membeli dalam kuantiti ditetapkan ( minima dalam kes ini ialah 3 barang ).

OK.. Boleh faham setakat ini?

Di PINDUODUO, boleh beli minima 1. Harga dalam RM25. Shipping dari seller ke warehouse ( tentang warehouse ini saya akan ceritakan kemudian ) adalah percuma.

Di 1688.com pula, harga jauh lebih murah iaitu RM16 .Cuma kena beli minima 3 barang dan shipping dari seller ke warehouse dikenakan caj tertentu.

Mana satu nak pilih ni?

Susah juga nak terus decide. Sebab kena ambil kira kos shipping juga dan berapa jumlahnya. Saya mudahkan beberapa perkara yang perlu anda fikir dan pertimbangkan .

  1. harga barang
  2. kuantiti barang
  3. berat barang
  4. saiz barang
  5. kos shipping ke warehouse
  6. kos shipping dari warehouse ke rumah di Malaysia
  7. caj-caj lain yang terlibat

Susah nak buat keputusan terus. Jadi saya sarankan anda gunakan excel ( recommended sebab boleh auto ) atau buatkan 1 table perbandingan. Masukkan 7 perkara yang saya nyatakan di atas.

Boleh setakat ni?

Nanti saya sambung tulisan ini dalam artikel seterusnya berkaitan pembelian di 1688 sahaja dulu. Selesai bab tu, saya akan ceritakan tentang bagaimana membeli di PINDUODUO.