Kisah Claim Takaful Saya – Kes 2

Hobi atau aktiviti yang disukai dilakukan pada waktu lapang saya ialah berblog. Menulis blog. Namun sejak akhir-akhir ni saya jarang menulis blog. Nak kata sibuk tak de la juga. Cuma ketandusan idea nak menulis tentang satu-satu topik terutama sekali tentang insurans menyebabkan saya malas nak menulis. 🙂

InsyaAllah pada malam ini saya ingin berkongsi kisah saya membuat tuntutan claim salah seorang client saya. Client saya ni si cilik berumur 5 bulan. Emak dia la yang buat keputusan untuk sediakan 1 akaun simpanan + kad perubatan. Polisi di ambil pada umur dia lebih kurang 1 bulan.

Sepanjang saya menjadi agent,saya dapati memang ramai kanak-kanak di usia kecil selalu demam. Jadi client cilik saya ni pun turut sama terjangkit dengan demam. Mungkin inilah cara tubuh badan mereka membina sistem imunisasi. Oleh sebab cukup tempoh menunggu, emak si client saya ni bagitahu saya yang si cilik ni demam tak kebah-kebah. Dah di bawa ke klinik,tapi doktor cakap tak de apa-apa dan sekadar ambil ubat dan balik.

Apabila saya dimaklumkan,saya cadangkan beliau (si emak) untuk cuba bawa ke hospital swasta yang terdekat. Dalam kes hospital swasta yang dia pergi ialah KPJ Tawakkal. Hari tu tak salah saya hari isnin. Mak dia memang kena ambil cuti le. Alhamdulillah urusan admission tak ada masalah.

Si cilik ni kena tahan wad untuk tempoh 2 hari saja. Macam biasa, mesti demam tu ada kaitan dengan bronkitis. Psssst…sekarang ni kalau mana-mana bayi yang sedia ada bronkitis atau pneumonia yg teruk, syarikat insurans atau pengendali takaful berkemungkinan besar akan tolak permohonan tau. Oleh kerana si cilik ni ditahan hanya 2 hari, bil hospital dia tak la mahal sangat. Lebih kurang RM1500 juga la. Hehehe…kalau time takde duit,mau sengkek juga nak mencari. Apapun syukur. Rawatan yang terbaik dan khidmat takaful yang memuaskan. Syarikat takaful cover semua bil.

Selepas 14 hari ( termasuk hari cuti), claim elaun tiba.Memang free la semuanya. Siap ada lebihan duit poket sikit. Hati seronok. Dapat permudahkan seorang lagi peserta takaful di saat memerlukan.

Ps : jika anda baru dapat anak, anda boleh pertimbangkan plan takaful family yang berpatutan untuk seisi keluarga.