Betul Ke Perlu Simpan RM900/Bln Untuk Bersara?

Artikel ini khas untuk sesiapa yang bukan penjawat awam ataupun yang tiada skim pencen.


🛑 Azman berumur 30 tahun sekarang. Beliau merancang nak menyimpan dari sekarang. Tapi taktau berapa jumlah yang perlu dan dimana tempatnya. Hasrat beliau nanti apabila bersara, masih dapat mengekalkan GAYA HIDUP sama seperti sekarang & sebolehnya tidak mahu menyusahkan anak-anak.

🛑 Ada suggest emas lah. Unit trust lah. ASB lah.. ASB loan lah. Tabung haji? errr…dia takut hibah 1% p.a. Atau simpan kat takaful yang bayar 5 tahun dan dapat pulang modal selepas 6 tahun ( advise seorang agent ) ?. KELIRU & TAKDE ILMU.

🛑 Kalau RM900 sebulan, bersamaan hampir 30% gaji beliau. Nampak macam wajar kan? hahaha.. Tapi realitinya kalau duduk di bandar besar macam KL, ini pendapatan miskin bandar. Susah nak menyimpan 30% dari gaji.

Jadi, BERAPA amaun simpanan yang perlu & KENAPA amaun tersebut ?

JAWAPANNYA IALAH RM194 sebulan sahaja. Nak tahu kenapa?

KALKULATOR PERSARAAN

Dengan kalkulator ini, Azman boleh tahu amaun yang hampir tepat yang perlu beliau simpan setiap bulan supaya dapat mengekalkan gaya hidup seperti sekarang.

Kalkulator Persaraan ini ada 3 Tab iaitu :

  • TAB 1 – Berapa Yang Diperlukan ?
  • TAB 2 – Bagaimana Caranya ?
  • TAB 3 – Panduan Menggunakan

BERAPA YANG DIPERLUKAN KETIKA PERSARAAN

kalkulator persaraan – tab 1

Tab pertama ini akan membantu anda mengenalpasti jumlah pendapatan anggaran pada tahun persaraan. INGAT ! RM1 hari ini lebih bernilai berbanding 10 tahun akan datang. Ini kerana INFLASI menyusutkan nilai wang kita semua.

Setelah mengenalpasti amaun pendapatan yang diperlukan, anda perlu tahu bagaimana mendapatkannyya dengan cara MONEY AT WORK.

Pada usia persaraan, ramai yang terpaksa berkerja lagi kerana survival hidup. Namun, tenaga sudah berkurangan seiring peningkatan usia.

Justeru, cara yang terbaik sebagai persediaan ialah menyediakan plan persaraan yang menjana pendapatan tanpa perlu lagi membanting tulang ( kalau perlu pun mungkin sekadar pergi mesin ATM untuk cucuk duit ) lol.

BAGAIMANA CARANYA NAK BINA TABUNG PERSARAAN

kalkulator persaraan – tab 2

Ini tab kedua yang mengira jumlah simpanan yang perlu anda mulakan bermula hari ini supaya tabung persaraan anda mencukupi.

Nak cerita lebih-lebih, anda rujuk saja kalkulator persaraan tu. InsyaAllah mudah faham.

PANDUAN MENGGUNAKAN

Tab ketiga ini hanyalah sedikit nasihat dan panduan. Yang pasti , template kalkulator persaraan ini hanyalah berdasarkan anggaran melalui pengiraan matematik. Ia tidak semestinya tepat tapi boleh memberikan gambaran awal tentang plan persaraan.

Selamat Mencuba.

KLIK SINI – Kalkulator Persaraan

ps : Untuk akses kalkulator persaraan, anda hanya diminta untuk mengisi ruangan emel.

4 Langkah Merancang Persaraan Yang Hebat !

cabaran 4-pengurusan wang

Salah satu bahagian penting dalam perancangan kewangan ialah MERANCANG PERSARAAN. Oleh kerana begitu pentingnya merancang persaraan, kerajaan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP ) mengambil peranan besar menguruskan sebahagian simpanan pekerja untuk usia tua kelak.

Namun, anda tidak boleh menyerahkan bulat-bulat peranan merancang persaraan. Anda mesti tahu, faham dan bagaimana melaksanakannya sendiri.

Ramai yang gagal merancang persaraan mereka. Lihat keratan akhbar ni. Hampir RM500 juta dikeluarkan dari tabungan KWSP untuk tujuan perubatan. Bukan itu saja, sekitar 72% pesara membelanjakan habis wang simpanan KWSP mereka dalam tempoh 3 tahun bersara.

Jadi, Apakah MASALAHNYA kalau gagal merancang persaraan ?

  1. Anda akan MISKIN.
  2. Anda terpaksa bergantung kepada anak-anak. Itupun jika anak-anak mampu dan baik.

Kenapa anda perlu merancang PERSARAAN anda ?

  1. mempunyai wang secukupnya untuk berbelanja sepanjang hidup selepas bersara
  2. tidak menyukarkan kehidupan orang lain ( anak-anak jika ada & boleh diharap )
  3. mempunyai akses perubatan ( usia tua memang banyak sakit )
  4. disayangi orang sekeliling ( ada duit, hidup masih boleh berdikari )
  5. mengelak dari dihantar ke rumah orang-orang tua
  6. menikmati usia persaraan dengan percutian menarik
  7. dapat menumpukan sepenuh perhatian pada ibadah

rancang persaraan

epf

Okay. Penting kan merancang PERSARAAN. Soalannya sekarang bagaimana ? Ramai agent di luar sana samada agent insurans ataupun agent unit trust yang mempromosi  plan persaraan. Tapi anda sendiri perlu tahu & faham bagaimana merancangnya. JANGAN RISAU. Saya bukan nak jual apa-apa produk pada anda. Artikel ini saya tulis untuk memberi kefahaman, kesedaran dan berkongsi serba sedikit ilmu kewangan untuk manfaat bersama. Apabila anda tahu jalannya, anda sendiri tentukanlah jalannya.

Okay.

Bagaimana Nak Merancang Persaraan Anda ?

Mari kita buat bersama. Saya singkatkan kepada beberapa langkah sahaja.

——————————————————————————————————–

LANGKAH 1 : Mengira Tempoh Sebelum Bersara

Perkara pertama sekali, anda perlu tahu bila nak bersara. Pada umur berapa. Umur persaraan sekarang ialah 60tahun. Ada yang 55 tahun. Tak kisah lah berapa. Lain orang, lain rancangannya. Ada yang ingin rancang bersara awal.  Sebagai contoh, katakan saya ingin bersara pada umur 60 tahun.

Umur sekarang : 28 tahun

Umur Persaraan : 60 tahun

Tempoh masa sebelum bersara = Umur Persaraan – Umur Sekarang =60-28 = 32 tahun

Jadi, tempoh masanya ialah 32 tahun lagi sebelum saya bersara.

——————————————————————————————————–

LANGKAH 2 : Menentukan Pendapatan Setahun Ketika Bersara

Apabila tiba masanya bersara. Ramai orang teruja untuk keluarkan duit KWSP. Dan ramai juga orang disekeliling yang tak sabar-sabar nak mengaku kawan dan saudara mara. Almaklumlah duit banyak. Namun, kegagalan merancang dengan betul akan menyebabkan wang tersebut habis dalam masa yang singkat. Bayangkan anda telah bersara setahun. Wang KWSP pun dah habis. Bagaimana anda ingin teruskan kehidupan esok harinya ? Siapa nak tolong bayarkan makan minum esok hari?

Jadi penting anda mengetahui bajet ketika persaraan. Masalahnya saya sendiri pun tak tahu apa perbelanjaan saya 32 tahun lagi. Justeru, pakar kewangan menasihatkan supaya menganggarkan 60% dari pendapatan hari ini sebagai jumlah pendapatan yang diperlukan ketika persaraan.

Pendapatan Semasa : RM 5000

Pendapatan Setahun : RM5000 x 12 bulan = RM60,000

Pendapatan Ketika Bersara : 60% x RM60,000 = RM36,000

Untuk memudahkan perancangan, kirakan pendapatan untuk setahun terus.

——————————————————————————————————–

LANGKAH 3 : Menentukan Jumlah Nilai Pendapatan Setahun Ketika Bersara

Inflasi menyusutkan nilai wang. Nilai RM1 hari ini lebih mahal dari RM1 tahun depan. Begitu juga dengan merancang persaraan. Nilai pendapatan yang anda anggarkan pada masa sekarang lebih bernilai berbanding ketika bersara nanti. Dengan mengandaikan kadar inflasi tahunan secara purata pada kadar 5% setahun, mari kita kira .

Pendapatan Setahun Ketika Bersara ( hari ini ) = RM36,000

Kadar Inflasi setiap tahun = 5%

Setelah mengambil kira tempoh masa lagi 32 tahun, nilai wang bagi RM36,000 ialah RM198,576.55. Lihat. Perbezaan yang sangat ketara. Kira-kira ini menggunakan formula Nilai Masa Wang ( Time Value Money ). Anda boleh rujuk template excel yang telah saya sediakan.

——————————————————————————————————–

LANGKAH 4 : Menjana Pendapatan Setahun Persaraan Dari Pelaburan

Sekarang anda dah tahu berapakah pendapatan setahun yang diperlukan untuk bersara nanti. Soalnya sekarang, bagaimana nak dapat duit/pendapatan banyak tu? Nak pula tanpa berkerja. Menggunakan kelebihan ilmu kewangan, anda boleh menjana pendapatan setahun yang banyak tu dengan membuat pelaburan sejumlah duit.

Persoalan seterusnya ialah berapa banyak wang pelaburan tersebut diperlukan?

Pendapatan Setahun Yang Diperlukan : RM198,576.55

Tempoh Tahun Bersara : 25 tahun

Kadar Dividen Pelaburan : 8% p.a

Jumlah yang diperlukan untuk menjana pendapatan bersara setiap tahun ( RM198,576.55) ialah RM 1,004,504.84 . Wow!!!

Memang banyak tu. Anda perlukan hampir RM 1 juta pada umur 60 tahun nanti. Barulah wang tersebut dapat menjanakan pendapatan bersara setiap tahun untuk hari-hari persaraan anda.

KESIMPULAN

Anda perlu mula menyimpan dari sekarang. Itu salah satu jalannya. Memang ada kaedah lain. Buat masa ini, saya kongsikan dulu langkah penyelesaian mendapatkan RM1 juta tersebut melalui kaedah menyimpan. Bagaimana kira-kiranya? Anda boleh menggunakan template excel yang telah saya ciptakan ini.

password : naimrahim

Demikian barulah anda boleh merancang berapa sebulan yang perlu anda simpan. Dan apakah kesannya jika anda menyimpan di tempat yang boleh memberikan kadar dividen yang lebih tinggi.

Selamat Mencuba..

Ps : Saya akan menulis bahagian kedua untuk merancang persaraan melalui simpanan nanti.