Sehari Di NDO Score A

Hari ni memang kelakar. Kiranya berjaya pecahkan rekod peribadi jugakla. Semenjak kecundang dengan program MLM dari syarikat SURECO ( Sure Return Corp ), tipah tertipu dengan program NENA, tak pernah terlintas di hati nak join kembali dunia MLM ni. Itulah sebab-sebab penting kenapa naim cari alternatif lain seperti dunia pemasaran internet untuk menjana pendapatan sampingan. Apabila disebut perniagaan online ni, tak perlu jumpa customer, perniagaan 24 jam berjalan dan automatik serta kos permulaan yang sangat rendah serendah RM200 sahaja sebagai permulaan. Itupun boleh dijimatkan lagi jika kena gaya. Itu sebab naim belajar tentang internet. Bukan semua orang berani bertemu dengan orang lain. Hohoho…Walaupun asyik berjumpa orang setiap hari, kesukaran menerima “tolakan” pelawaan tu sangat menebal dalam hati ni. Ini lah rempah ratus kejayaan seperti yang en Aziz Samad cakap tadi ( gambar disebelah ).

Apapun, Alhamdulillah sebab naim tak sempitkan minda. Syukur tuhan berikan nikmat kelapangan minda untuk tetap menghadiri program NDO tadi. Setakat ni, pendapatan sampingan plus gaji tak la banyak sangat. Sekadar cukup untuk menyenangkan hati sendiri dan keluarga. Lagipun banyak masa terluang disebelah malam. Tentang pendapatan ribu-ribuan ni , maaf naim kata, ia bukan satu desakan. 🙂 Duit boleh dicari…Kalau hari ini Score A, esok pasti datang dengan [Read more…]