Sesiapa pun pernah berunding, tawar-menawar, dalam segala bentuk negosiasi. Yang pasti, keputusan “win-win” atau “menang-menang” adalah bentuk hasil yang ingin dicapai oleh mana-mana pihak yang berunding. Namun apakah teknik/ cara yang perlu dipraktikkan supaya hasil rundingan tersebut menyenangkan kedua- dua belah pihak di meja perundingan mahupun selepasnya.
Dalam hidup ini, kita semua tak terlepas dari berunding. Mungkin itu sebab wujudnya jawatan perunding kewangan..hehe. Sebagai contoh, semasa kita tawar menawar membeli kereta. Sudah pasti pembeli ingin membeli pada harga yang paling murah dan si penjual pula ingin menjualnya pada harga yang tinggi. Kata sepakat boleh dicapai dengan urusan jual beli pada harga pertengahan. Namun, benarkah harga pertengahan tersebut menggembirakan kedua- dua pihak?
Sampel kes :
Ahmad si pembeli ingin membeli sebuah kereta terpakai yang dijual pada harga RM53000. Harga yang mampu dibeli oleh Ahmad cuma RM50000. Jadi, berapakah harga yang Ahmad perlu minta untuk mencipta negosiasi?
A) RM50000
B) RM48000
C) RM45000
D) RM51000
Seperti kelaziman, ramai dari kita memilih pilihan A untuk mencipta negosiasi tersebut. Sebenarnya pilihan tersebut mempunyai keberangkalian tinggi untuk mencipta jalan mati kepada diri sendiri. Ia bukan pilihan yang baik. Kenapa?
Oleh kerana Ahmad hanya mampu membeli pada harga serendah RM50000, pilihan yang ada pada pihak penjual ialah selang harga antara RM50000-RM53000. Justeru, negosiasi dengan pilihan tersebut [Read more…]
Recent Comments