Kenapa Perlu Rancang Plan A & Plan B?

Sewaktu zaman di universiti dulu, saya selalu menyertai program-program pelajar yang berbentuk kempimpinan dan pengurusan. Salah satu program yang paling saya ingat ialah sewaktu menguruskan program khidmat bakti bagi salah satu kelab kolej.

Saya masih ingat di awal tahun, perancangan untuk program setahun akan dibuat. Jadi macam-macam projek yang akan disenaraikan. Setelah menyenaraikan semua program-program yang difikirkan menarik, aktiviti seterusnya ialah memilih keutamaan program dan program sandaran. Tujuannya jika program yang utama gagal, ada plan backup. Semuanya dirancang lebih awal dan anggaran bajet akan dibuat.

Apabila memasuki alam dewasa sekarang, banyak perkara yang boleh dipraktikkan kembali.

Kalau anda perasan, merancang plan backup ini juga perlu untuk kehidupan kita. Sebagai contoh ialah dengan menyertai skim takaful. Memiliki polisi takaful adalah salah satu plan backup terutamanya bagi mereka yang berkerja sendiri atau berniaga. Bagi mereka yang berkerja makan gaji pun sama. Dengannya, anda bakal mengurangkan impak  risiko melalui perkongsian risiko. Dalam hidup ini, ada perkara yang anda boleh rancang. Dan ada juga perkara yang diluar jangkaan.

Bagi menghadapi perkara luar jangkaan seperti sakit, kemalangan dan lain-lain, skim takaful akan bertindak mengagihkan risiko tersebut secara bersama kepada peserta-peserta yang lain. Dengan itu, impak yang bakal diterima tidaklah terlalu memeritkan.

 

Anda bayangkan sekiranya semalam anda disahkan menghidapi penyakit kanser otak , apa tindakan anda?

Bagaimana dengan kos rawatan ? Adakah pihak syarikat akan menanggung segala-galanya atau selama-lamanya?

Jika tidak, apakah anda bakal diberhentikan kerja ?

Jika ya, bagaimana dengan semua kos sara hidup, hutang piutang yang nak dibayar , utiliti dan kehidupan anak-anak anda ?

Seandainya perkara ini terjadi, dan anda tidak ada memiliki sebarang polisi kad perubatan. Boleh anda bayangkan? Dengan jangkaan hayat dalam tempoh 3 bulan sahaja, apa yang anda bakal bermain di dalam kepala anda?

Amal ibadah ? Hutang piutang ? Anak-anak ? Ahli keluarga ? Kos rawatan ?

Sekalipun anda tidak peduli tentang semua ini,bayangkan apa pula perasaan ahli keluarga anda? Bagaimana mereka menerima berita ini ? Apakah anda fikir mereka redha tanpa berbuat apa-apa untuk merawat anda ?

Semua soalan ini patut anda fikirkan juga akhirnya. Ya..anda harus fikir hanya kerana anda seorang yang bertanggungjawab.

Sebab itulah anda mesti menyediakan plan B jika itu yang terjadi.

ps : Ingin membina plan B tersebut hari ini, hubungi saya sekarang.

Antara 30 Gelas Teh Ais & Pampasan Mati RM150,000

Teh ais ni dah jadi minuman rutin hampir sebahagian rakyat malaysia. Tak minum waktu sarapan pagi, mungkin waktu makan tengahhari. Tak pun waktu berborak dengan kawan di warung makan.

cerita pampasanYa , jadi apa kaitan teh ais dengan artikel kali ini? .Dalam artikel ini, saya ingin mengajak saudara pembaca terutama yang belum lagi merancang bahagian pengagihan kekayaan apabila telah meninggal dunia nanti untuk melihat bagaimana teh ais boleh membantu kewangan keluarga. Yup..Maksud saya perancangan setelah anda mati. Kita memang perlu merancang dalam setiap tindakan. Nak mati pun kena merancang.Gagal merancang bererti merancang untuk gagal.

Pernah tak anda menyenaraikan segala hutang piutang semasa yang ada?

Pernah tak anda terfikir sekiranya sekejap lagi masa terakhir menghembuskan nafas, apa yang ingin anda tinggalkan untuk isteri, anak-anak, ibu bapa dan sesiapa sahaja yang anda sayangi?

Jika belum, ini masanya anda bertindak. Anda perlu senaraikan segala liabiliti kewangan yang dimiliki. Hutang pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman peribadi, hutang kad kredit, hutang amalan-amalan ibadah, hutang dengan kawan-kawan, hutang ptptn dan segala hutang yang ada. senaraikan dulu.

Dari jumlah hutang tersebut, anda akan sedar 1 perancangan besar perlu dilakukan jika anda bakal meninggal dunia.

Percaya atau tidak, anda bakal meninggalkan bebanan yang tinggi kepada orang yang anda sayangi sekiranya kesemua hutang tersebut tidak dilunaskan.

Kejap…

Kalau tiada hutang?

Oh… Tak berhutang tidak bermakna anda tidak perlu merancang. Anda boleh merancang meninggalkan sejumlah wang untuk meringankan kesedihan orang yang tersayang.

Lihat gambarajah ini. Lihat bagaimana tabiat mengurangkan 1 gelas teh ais sehari bakal menyediakan orang yang anda sayangi dengan sejumlah wang pampasan RM150,000.

promo-teh-ais1

Dengan mengurangkan tabiat meminum segelas air yang berharga RM1.50 setiap hari, anda bakal mengumpulkan sejumlah RM45 sebulan. Amaun ini sebenarnya sudah cukup untuk melayakkan anda dengan 1 plan dari syarikat takaful.

Ingin tahu lebih lanjut tentang plan ini? Boleh hubungi saya terus.

ps: selamat merancang