Ingin Beli Silver US Eagle Dengan Paypal ?

Ini kali pertama naim dapat order nak beli silver melalui PayPal. Naim tak kisah asalkan dipersetujui. Jadi malam ini , apa yang naim nak buat ialah bungkuskan sekeping Syiling Silver US Eagle ni baik-baik. Tak nak jadi macam kes sebelumnya.

Sebenarnya ramai yang menggunakan khidmta POS LAJU untuk jual beli barangan online sekarang. Jual beli emas pun, ada yang buat menggunakan perkhidmatan pos ni. Hehehe… Kiranya KAMIKAZE le. Bukan apa, barangan berharga macam emas tu biasanya ada insurans yang perlu dibayar untuk mengelak dari hilang. Bayangkan si posmen tu tahu tentang ada emas dalam sampul yang dia bawa. Keh keh keh : ) Boleh fikir sendiri le betapa bahayanya.

Ok…Naim tak nak tulis panjang-panjang malam ni. Tak sabar nak baca buku yang baru dibeli tadi.

Apapun jika ada yang berminat untuk membeli syiling Silver dari naim menggunakan paypal. Silakan… Hubungi naim terlebih dahulu dan tentukan order. Sekian

Silver Coin : American Eagle & Buffalo Round

Semalam baru terima lagi 2 keping syiling silver dari belian online di eBay. 🙂 Cantik syiling-syiling tu. Setakat ni cuma ada 3 jenis syiling silver ni. 3 Syiling Silver Canadian Maple Leaf, 1 Syiling Silver American Eagle dan 1 lagi Syiling Silver Buffalo Round.

syiling silver

Syiling-syiling ni semua, naim beli dari internet saja. Tapi bukan membeli dengan membuta tuli, nak beli pun kena ada jugak ilmu tentang beli belah online ( online shopping ). So far setakat ni belum lagi kena kes tipu dalam jumlah yang besar. Kena tengok jugak barang apa yang kita nak beli kat dalam internet. Kalau murah sangat bangat dari harga pasaran, hati-hati la..Kebanyakan scammer je yang offer macam tu, walhal diorang takde barang pun. Itu kena hati-hati. Dengar banyak kes tipu ni terjadi dalam www.mudah.my. So kepada yang diluar sana, nak shopping online ni pun wajib kena ada asas ilmu membeli 🙂

Naim beli silver ni dari Brother Chan. Memang tak kenal dan tak pernah tengok wajah. Ye le, beli online.Mana la ada nak tunjuk muka orang tu. So setakat ni baru 2 transaksi dengan beliau dan naim memang puas hati dengan ebayer ( seller ) ni. Takde kecoh-kecoh dan delivery rate +process cepat.

American Eagle Silver Coin

american eagle silver coinSyiling silver [Read more…]