Urus Kewangan Dengan Takaful

Mengurus kewangan dengan baik dan teratur adalah satu kemestian untuk hidup tenang pada hari ini. Lainlah jika kita hidup dizaman wang kulit kerang. Pengurusan yang betul akan memudahkan urusan kehidupan seharian. Namun, ia bukan semudah yang disangka. Dengan cabaran hutang mudah yang ditawarkan, mampu mencairkan disiplin yang ada dalam jatidiri seseorang hatta seorang panglima perang. Begitulah bahayanya mengenepikan ilmu pengurusan wang yang baik.

Justeru, saya ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan menguruskan wang dengan bijak melalui takaful pada kali ini. Yup..takaful..saya pasti ramai yang pernah mendengar tentangnya. Rata-rata begitu takut untuk mendapatkan takaful kerana perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan setiap bulan untuk bayaran premium. Akan tetapi, ramai juga yang kembali terdetik untuk mendapatkannya setelah musibah melanda. Hidup ini penuh risiko. Semakin tinggi risiko yang diambil, pastinya besar jua kejayaan yang diundang. Namun disebalik kejayaan yang diimpikan, risiko mengundang bahaya kegagalan kehidupan. Sebaiknya mempelajari dan mencari cara mengurangkan risiko tersebut adalah satu pendekatan terbaik yang ada didunia ini.

Takaful atau insurans dalam Islam adalah satu konsep tolong menolong yang melibatkan kewangan dalam membantu rakan-rakan bersama menghadapi risiko kehidupan seperti penyakit kritikal dan kematian. Dengan itu, konsep yang mulia ini sebenarnya bertepatan dengan apa yang dituntut agama dan selari dengan kehendak keharmonian dunia. Membelanjakan sejumlah wang demi [Read more…]