Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi tentang satu perkara yang selalu orang buat tak endah. Ya. Orang selalu tak endahkan polisi atau sijil takafulnya tak berbayar dan lupus. Bagi mereka perkara sijil lapsed/tak berbayar / lupus adalah perkara biasa. Ada yang sanggup dahulukan perbelanjaan lain ( perkara bukan keperluan ) dan biarkan polisi lupus. Contohnya menggunakan wang yang diperuntukkan untuk insurans/takaful untuk membeli gajet-gajet canggih, pakej percutian, pakaian-pakaian yang cantik untuk hari raya dan macam-macam lagi.
Walaupun telah diperingatkan ( ada syarikat insurans/ pengendali takaful yang menghantar surat notis peringatan ) oleh agent, masih tetap ada yang buat tak peduli.
Akhirnya….
Mari saya khabarkan. Tahukah anda apabila polisi anda luput, segala manfaat yang ditawarkan akan terbatal secara otomatik.
Saya ada client-client begini. Yang suka ambil mudah. Sebelum polisi mereka lupus, saya akan peringatkan hampir setiap minggu. Namun, ada yang sanggup matikan telephone. Ada juga yang tak angkat panggilan saya. Pada mereka, mungkin itulah cara paling mudah untuk mengelak dari diperingatkan. Alangkah bagusnya kalau dibawa berbincang terlebih dulu. Bincang tentang bagaimana untuk pastikan polisi tetap hidup walaupun tak dapat buat bayaran sementara. Ataupun sebaliknya.
Masalahnya ialah apabila berlaku perkara-perkara malang dalam tempoh tersebut. Kawan saya (agent) pernah mengalami masalah yang sama. Apabila dimaklumkan supaya buat bayaran pada masanya, si client buat endah tak endah. Dari 1 bulan hinggalah 3 bulan tak berbayar. Akhirnya polisi tersebut luput. Tup tup, tak sampai seminggu anak si client demam dan disahkan denggi. Barulah kelam kabut menghubungi rakan saya. Tujuannya untuk membuat bayaran penuh yang dah tertunggak 3 bulan. Tapi….malang. Apabila polisi anda telah lupus, bayaran tunggakan tidak akan mengaktifkan segera manfaat yang ditawarkan. Sebaliknya anda akan terikat semula dengan tempoh menunggu yang ditetapkan. Dalam kes di atas, client mesti menunggu tempoh selama 4 bulan dan segala penyakit yang berlaku dalam tempoh 30 hari dari tarikh bayaran dibuat, tidak lagi ditanggung oleh syarikat insurans/ pengendali takaful buat selama-lamanya.
Kesimpulannya, elakkan dari membiarkan polisi anda lupus. Kalaupun tak mampu bayar, polisi untuk berkait pelaburan, boleh diturun taraf kepada amaun caruman yang mampu anda bayar. Jangan sesekali mengambil jalan mudah dengan membiarkan polisi lupus dan berharap anda tidak ada amasalah untuk ambil polisi baru kemudian hari.
Ps : peserta takaful/insurans yang kerap mengambil mudah dalam hal ini banyaknya dari golongan Melayu. Tak tau kenapa.
Apabila Polisi Lapsed/Lupus, Anda Bakal…
Tempoh Menunggu Sijil Takaful
Sebelum ini, saya pernah menulis artikel tentang “Kenapa Susah Nak Claim Takaful?“. Dalam artikel tu, saya ada sebutkan perkataan TEMPOH MENUNGGU. Penting sangat ke tempoh menunggu ni dalam sijil Takaful ?
Bagi yang telah menyertainya, tentu tak ada masalah untuk dapatkan penjelasan dari agent masing-masing. Bagi yang belum dan sedang mencari-cari, haaaa…ini maklumatnya. Tempoh Menunggu boleh dirujuk dalam gambar di bawah.

takafulink – tempoh menunggu
Tujuan tempoh menunggu bagi sijil takaful Prudential BSN Takaful ini bukan saja-saja diadakan. Kalau anda nak tahu, salah satunya bertujuan untuk mengelakkan dari manipulasi sebelah pihak. Ye la. Dah tahu sakit dan perlukan rawatan segera, baru nak ambil polisi/ sertai takaful. Secara tak lansung akan menzalimi peserta-peserta lain yang telah pun menyumbangkan duit dalam tabung takaful. Anda boleh faham? Baik. Begini. Konsep takaful ni ialah tolong menolong. Dalam kes takaful ni, semua peserta bersetuju untuk menyumbang sejumlah amaun dan dana tersebut akan digunakan bagi membantu peserta-peserta lain jika ditimpa musibah. Di sini, mereka semua sedang membuat persediaan jika berhadapan musibah. Musibah tu belum pun ada lagi depan mata. Cuma bersedia. Jadi , bukannya mengambil kesempatan. Dari jumlah dana tersebut, hanya sebahagian sahaja yang akan ditimpa musibah dalam satu-satu masa.
Bayangkan kalau semua peserta ditimpa musibah serentak ? Apa yang akan jadi kepada tabung sumbangan tadi ? Tentulah tak cukup. Jadi, bagaimana tabung tersebut dapat membantu para peserta ? Jika semua peserta yang mengambil polisi telah ada penyakit, memerlukan rawatan segera dan berharap dengan sumbangan kecilnya dapat melayakkan diri menerima dana yang lebih besar dari tabung takaful, pastilah tidak ada dana yang cukup.
Kalau ini berlaku, tak mungkin wujud lagi konsep takaful tapi sebaliknya cubaan mengambil kesempatan atas ehsan orang lain.
Apa pengajaran dari tempoh menunggu yang dinyatakan ialah…. BERTINDAK SEKARANG !. Berfikir sebelum bertindak satu kemestian. Tetapi jangan biarkan diri anda berfikir terlalu lama. Lama berfikir ( seminggu, sebulan, setahun ) tidak akan memberikan manfaat yang baik. Ada masanya anda perlu berfikir sesaat dan terus bertindak. Berfikir untuk menyertai plan takaful prudential BSN takaful tak perlu lama. Semakin lama keputusan nak diambil, semakin lamalah tempoh menunggu tersebut.
Ps : Tahukah anda Bank Negara Malaysia ( BNM ) telah menggariskan masa berfikir selepas anda mendaftar ialah 15 hari dari tarikh sijil takaful /polisi insurans diserahkan ?
Recent Comments