Di Malaysia, ramai yang belum sedar tentang kewujudan FINANCIAL GAME yang satu ni. Tapi naim pasti ramai yang tahu tentang game Monopoly, Saidina, dan sekutu-sekutunya. Alaaa…game papan ,main beli-beli rumah, beli hotel, masuk penjara tu 🙂 Rasanya ramai dah yang pernah main game board macam tu.
Cashflow 101 ni ada sedikit bezanya. Sebab apa? Hehe 🙂 Naim pernah main game board ni 4 tahun yang lalu. Sewaktu naim sedang belajar di Kolej Mara Kuala Nerang (KMKN 04/05) . Game kewangan ni memang best. Game ni diperkenalkan oleh Robert T. Kiyosaki. Tak perlu naim bagitahu siapa dia ni. Naim memang suka membaca buku tulisan beliau. Antara yang terbaru ialah “Conspiracy Of The Rich“. Buku beliau yang ditulis dan dicatat melalui internet dan akhirnya diterbitkan dalam bentuk cetakan buku.
Kenapa main game Cashflow 101 ni?
Konsep permainan Cashflow 101 ini mudah. Player hanya perlu keluar dari Rat Race ( satu bulatan ) untuk menang. Bulatan tersebut,Rat Race, mewakili kehidupan kita seharian. Ye…sebagai orang kebiasaan. Berkerja, berkahwin, terima gaji, berbelanja, bayar cukai ,beli rumah dan lain-lain lagi. Itulah rutin perjalanan hidup seorang yang biasa. Berkerja sehingga umur bersara, dan duduk menanti ajal tiba dipenghujung usia.
Dalam kehidupan yang kita lalui, terutama sekarang di zaman teknologi maklumat, [Read more…]
Recent Comments