Kenapa I-BR1M Merugikan Rakyat ?

i-BR1M-Perlindungan-Insurans-Nyawa

Sebelum ni, saya tak kisah sangat artikel-artikel politik yang ditulis oleh mana-mana belah pihak. Biasalah kalau yang pro kerajaan, semestinya akan menuis apa sahaja yang menyokong dasar kerajaan. Begitu juga sebaliknya bagi blogger yang pro pembangkang.

Antara isu yang pernah dibangkitkan ialah berkaitan I-BR1M yang diberikan kepada semua penerima BR1M ( kecuali golongan berstatus bujang dan warga emas sebatang kara ).

Bagaimana I-BR1M ini merugikan semua orang dan mengkayakan seseorang ?

I-BR1M merugikan

Umum tahu, setiap penerima BR1M akan diperuntukkan RM50 bagi penyertaan skim I-BR1M ini. Pada tahun 2014, seramai 7 juta penerima BR1M yang layak dan ini bermakna kerajaan membelanjakan RM350 juta semata-mata untuk skim ini.

Dari RM 350 juta tersebut, tuntutan yang telah dibuat sehingga September 2014 ialah hanya sebanyak RM42 juta sahaja. Diingatkan, tuntutan hanya sah sehingga 31 Disember 2014.

Maknanya sekarang kerajaan telah membayar RM350 juta kepada syarikat/individu tertentu khas untuk skim I-BR1m semata-mata untuk membela rakyat dengan RM42 juta sahaja. Adakah dengan baki 3 bulan yang tinggal, kerajaan yakin amaun yang dibelanjakan benar-benar membela rakyat atau sebaliknya untuk membela kroni ?

Duit kerajaan datangnya dari cukai rakyat. Boleh anda bayangkan betapa pembaziran yang ketara bagi rakyat seluruhnya.

Saya tak kisah pun kalau benar-benar urusan I-BR1M ini “straight to the point”. Masalahnya ada saja kerenah pengendali takaful ( pengendali sebenar ) yang mewujudkan pelbagai kerumitan untuk membuat tuntutan I-BR1M ini.

Semuanya bermula apabila saya membantu salah seorang client saya membuat tuntutan I-BR1M. Beliau kematian ayah. Namun, proses yang mudah jadi melecehkan.

Kali pertama saya ke bangunan Takaful Ikhlas di Bangsar South. Permohonan tidak diterima atas alasan “Salinan Sijil Kematian” tak dikepilkan. Saya tunjukkan salinan sijil pengkebumian tapi tak diterima. Alasannya mudah iaitu ” ikut prosedur”. Saya kata apa bezanya 2 dokumen ini? Tetap si mati itu mati. Pengkebumian dan kematian. Takkan tanam orang bukan sebab mati. Sejak bila ada perbezaan dengan pengkebumian dan kematian. Kalau pengkebumian tu tanam orang yang tak mati, dah tentu kita takkan ada kementerian pertanian tapi kementerian pengkebumian. Walaupun bukan saya yang menuntut, saya geram juga la menyusahkan penuntut ( client saya ).

Saya beralah.

Kali kedua saya ke bangunan yang sama. Kini bersama-sama salinan sijil kematian. Client saya telah dapatkan dari kampung. Tetapi. Permohonan tetap ditolak. Alasan kali ini lagi membuatkan saya menyirap.

Permohonan ditolak sebab waris yang memohon tak layak. Tak layak? Pegawai di kaunter takaful ikhlas mengesahkan pemohon yang layak cuma isteri si Mati sahaja atau anak-anak yang menjadi tanggungan. Anak yang bukan tanggungan tidak layak.

Inilah yang buat saya bengang. Belum pernah lagi skim takaful yang saya promosikan mengenakan syarat tuntutan mesti dibuat oleh waris yang menjadi tanggungan. kalau dah besar dan kerja, tak dikira sebagai tanggungan dan tak layak. Apakah situasi jika si mati (suami dan isteri) tidak ada anak yang masih bersekolah?

Membazir tak RM50 tu?

Membazir tak RM350 juta tu?

Kenapa Susah Nak Claim Insurans – AIA Public Takaful?

“Agent AIA Public Takaful ni penipu la. Kata mudah dan senang nak claim. Tapi bila tiba masa nak claim, macam-macam borang nak kena isi. Macam-macam karenah diorang bagi”.

Pernah tak anda mendengar ungkapan sebegini ? atau anda sendiri yang pernah menggunakan ungkapan ini ?

Bak pepatah “kerana seekor nyamuk, habis kelambu dibakar”. Akibat marahkan 1 claim yang tak berjaya, agent tersebut dimarah & dimaki. Manakala polisi yang telah disertai sekian lama pula terus diserahkan ( surrender policy ) dan dibatalkan. Kemudian habis dicanang satu kampung keburukan syarikat pengendali takaful atau insurans yang disertai.  Inilah satu realiti.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan serba sedikit kenapa claim ( tuntutan ) insurans/takaful tidak berjaya.

tuntutan insurans gagal

tuntutan insurans gagal

Sepanjang saya menjadi agent ( Sept 11 – sekarang ), saya kerap membantu memudahkan proses claim ( tuntutan ) insurans/takaful bagi kes kemasukan ke hospital, bil bagi rawatan pesakit luar, tuntutan pampasan kematian & tuntutan pampasan 36 penyakit kritikal. Semuanya akan menjadi mudah jika mengikut proses yang telah digariskan dalam polisi insurans/ sijil takaful. Namun, adakalanya tak semua yang kita jangkakan akan menjadi semudah yang tercatat dalam polisi insurans/ sijil takaful. Sebab itulah anda yang melanggang/ menyertai takaful perlu ada agent yang aktif, bertanggung jawab dan yang memberikan komitmen penuh dalam kerjaya ini.

Baiklah.

Saya senaraikan di bawah ini antara sebab-sebab yang menyebabkan kenapa claim ( tuntutan ) insurans/takaful tidak berjaya ( berdasarkan pengalaman & pengetahuan saya yang terhad ) :

  1. tidak memenuhi syarat tuntutan ( contoh : untuk membuat tuntutan rawatan menggunakan kad perubatan, peserta mesti disahkan kemasukan ke wad ialah 6 jam. Masalahnya ramai pesakit yang kalau boleh nak keluar lebih awal dari tempoh yang ditetapkan )
  2. tidak cukup dokumen yang diperlukan. Ini biasa sangat berlaku. ( contoh : jika kemasukan ke hospital bukan panel, segala tuntutan akan dibuat secara manual. Masalah timbul apabila dokumen seperti bil asal gagal dikemukakan. Atau laporan doktor tidak lengkap )
  3. peserta mempunya rekod perubatan yang tidak didedahkan. ( contoh : Katakan anda pernah menghidap sakit buasir sebelum menyertai takaful/insurans. Anda tidak membuat pendedahan dalam polisi. Tuntutan bagi penyakit sedia ada ( jika dapat dikesan ) tidak akan dilayan.
  4. polisi luput. Ini kes tak bayar polisi. Apabila sumbangan bulanan gagal, akaun peserta akan terbatal. Kebiasaannya dalam 7 tahun yang pertama, nilai tunai dalam polisi masih lagi sikit. Akaun peserta yang tertunggak 3-4 bulan berisiko untuk luput. Pada masa ini, sebarang tuntutan tidak akan diproses dan jika polisi tersebut lupus, peserta akan melalui tempoh menunggu seperti pada mula polisi disertai. ( contoh : anda baru menyertai takaful untuk 3 bulan. Kegagalan membuat sumbangan berterusan sehingga 4 bulan kemudian akan menyebabkan polisi luput. Sebarang tuntutan dalam tempoh luput memang tidak akan diproses. Kalaupun anda mula membayar caruman semula selepas tempoh luput -tujuan untuk menghidupkan polisi, anda terpaksa kembali kepada tempoh menunggu asal )
  5. manfaat tiada dalam polisi . Ini kes orang yang ambil polisi hayat ( life insurance atau takaful hayat ) tetapi nak buat tuntutan untuk kos rawatan hospital. Lihat kembali takaful yang anda sertai. Kalau tak faham, tanya agent. Jumpa banyak agent pun takde masalah. Minta nasihat untuk polisi yang bersesuaian dengan keperluan semasa. Anda tak perlu bayar pun nasihat tu. Cukup belanja teh tarik..hehe
  6. pengecualian ( exclusion ). Bagi peserta yang memang telah ada rekod perubatan atau sakit sebelum menyertai takaful, anda mesti mendedahkan dalam pengakuan borang permohonan. Pendedahan ini kebiasaanya akan mengecualikan sakit tersebut dari perlindungan yang ditawarkan. Jadi, kalau anda sakit buasir sebelum ini, sebarang penyakit yang berkaitan yang berulang kembali tidak akan dilindungi lagi. Sebab tu la masa sihat ni, sertai  takaful. Jangan bila dah jatuh tangga, baru nak cari paku. Jangan menunggu hingga hujan lebat untuk angkat kain di jemuran.
  7. dalam tempoh menunggu. Ya. Setiap sijil takaful atau polisi insurans mempunyai tempoh menunggu. Maksudnya anda mesti menunggu dalam tempoh yang ditetapkan sebelum membuat tuntutan. Contoh bagi penyakit serangan jantung, kebiasaanya selepas 120 hari dari tarikh  permohonan lulus baru boleh tuntut. Kalau sebelum cukup tempoh, boleh tuntut ke? Of course tak boleh.
  8. kalau ada lagi, nanti saya tambah di sini…

Itulah sedikit sebanyak sebab-sebab mengapa claim ( tuntutan ) insurans/takaful tidak berjaya. Setakat ini, hanya perkara 1 hingga 3 saja yang pernah saya alami. Yang selebihnya belum lagi.

Harap membantu anda memahami polisi insurans atau sijil takaful yang anda miliki.

Ps : Jika anda masih belum ada polisi insurans atau sijil takaful, atau tak faham dengan apa yang telah anda sertai. Saya alu-alukan sebarang pertanyaan di sini. InsyaAllah saya membantu sekadar yang terdaya