Apa akan jadi jika nilai USD direndahkan ( Depreciate in Value) ?
Secara rambang, naim yakin semua tahu nilai Dollar yang rendah akan ada efek kepada komoditi dunia terutama EMAS. Betul tak? Ramai yang akan kaitkan dengan harga emas. Ini disebabkan harga EMAS disandarkan kepada matawang USD. Apabila USD mengukuh ( naik nilai ), hanya beberapa USD diperlukan untuk membeli 1 oz emas. Sebaliknya, jika USD lemah ( turun nilai ), lebihan USD perlu ditambah untuk mendapatkan 1 oz emas.
Keterangan ini saya ringkaskan seperti dibawah :
- USD mengukuh, EMAS lebih murah secara relatif.
- USD lemah, EMAS lebih mahal secara relatif.
Untuk pemahaman lanjut, sumber dari laman web Kitco Gold Index ini dapat membantu.
Kembali kepada tajuk di atas, naim telah terbaca satu artikel dari laman web CommodityTradeAlert berkaitan polisi-polisi terkini yang akan diambil oleh US untuk membantu pertumbuhan ekonomi negara tersebut.
Dalam situasi menstabilkan ekonomi melalui sistem ekonomi konvensional, negara Kuasa Besar Dunia ini melalui Setiausaha Perbendaharaan Negara ( US Treasury Secretary ) Timothy Geithner dan US President , Barrack Obama ; berpandangan US perlu meNINGKATkan EKSPORT untuk meNINGKATkan TAHAP PEKERJAAN.
Kadar pengangguran terkini di US ialah 9.7% ( Jatuh dari 10% pada bulan Januari ) iaitu pengurangan kepada 14.8 million penganggur terhormat disana yang tidak dapat berkerja. [Read more…]
Recent Comments